Tuesday, December 28, 2010

perlu hapdet

dah banyak kali gua ingat nk baik pulih blog ni. nak antar kat bahagian maintenance tapi takde yg nk ambik. gua nk buat sendiri bukan kadang2 malas. bukan apa, time gua ada idea selalu gua tak dapat nk access ternet or ternet buat tak puas hati dengan gua. dan time gua bosan2 dalam guna ternet idea2 bernas itu tak datang berkunjung, lari entah ke mana.

gua ingat malam ni boleh la gua koyak rabakkan blog ni dan tampal balik apa yang patut.

~~~~~~~~~~

~~~~~

~~~

~


.....ah nanti la gua buat. gua bukan malas, rajin gua dah terbang.

tengok la tahun baru nanti macam mana...

Sunday, December 26, 2010

cerite review

ini cite pasal sebuah filem...

bukan kali pertama sebenarnya gua men-review-kan tentang sebuah filem. dah banyak sebelum2 ini. tapi ini adalah yang pertama untuk blog ini. dan memberi penghormatan kepada cite oleh mamat khalid. bukan. gua bukan nak cite pasal hantu kak limah balik rumah. dah banyak blog yg review pasal cite 2. ni gua nak cakap pasal zombi kampung pisang. "cer cite. cer cite"

entah sebab apa, gua rasa setiap kali gua cuti je dalam tempoh waktu cuti itu gua pasti akan menonotn zombi kampung pisang. tak kire la masa cuti raya, cuti sekolah atau pun cuti sem, asal ada cuti panjang sikit pasti akan ada cite zombi kampung pisang. dan yang menjadi satu hal yang pelik, setiap kali ada cite zombi kampung pisang di kaca tv (tak kire la kat astro or tv biasa) pasti dekat2 time anak2 sedara aku yang kat perak tu nak balik. dan deme tu memang minat sangat kat cite zombi yang satu tu. sampai kan boleh kata bile ada je cite zombi kampung pisang, aku dan abang aku yg duduk rumah mak ayah aku ni akan kata ni diaorang nak balik r ni. aku pun pelik. tapi itu yang jadi, asal deme tu nak balik je pasti akan ada cite tu sehari atau dua hari sebelum itu. apa kaitan ntah. mungkin sebab dorang duk perak dan cite zombi itu pun berlangsung dengan latar belakang di sebuah kampung di perak. bak kata Husin "dahsyat giler ler"

boleh kata gua memang respek pasal cite ni. cite ni boleh masuk bawah kategori komedi P Ramlee. tak bosan untuk ditonton walau untuk beberapa kali sekali pun. berbeza dengan cerite-cerite komedi melayu yang lain, sekali tengok boleh, dua kali ok, tiga pat lima kali, mintak maap. kirim salam awal-awal. "for ever and forever..until when-when"

bukan nak kata gua suka sangat atau pun obses dengan cerite ni, tapi macam gua kata cerite ni tak bosan untuk ditonton berpuluh-puluh kali sekali pun. "gua rock..gua ok"

cerite yang simple, jalan cite yang mudah, dan banyak mesej-mesej yang berguna. dan juga tak dinafikan cerita ini banyak dipengaruhi oleh cerite-cerite P Ramlee. Mamat khalid memang bijak melemparkan cerite yang menarik bagi tontonan umum dari kaca mata beliau mengikut kreativiti beliau. "diorang ni rockers terer punya..budak lembah keramat"

gua malas nak cerite banyak pasal cite tu sebab macam gua kata awal tadi, cite ni banyak kali dah tayang kat tv-tv kat malaysia ni, so cite banyak pun tak gune. nak tau lu orang tengok sendiri la. "zomba zomba..zombi..dasar lidah pendek"

..lepas ni gua nak layan cite Rock. cite dari Mamat Khalid tahun 2005. cite ni dulu gua layan kat panggung time square. sape-sape tengok cite ni gua kompem lepas tengok lu orang terus nak pergi karaoke tak pun terus nak donlod lagu-lagu rock dulu-dulu tu.

chow..

Wednesday, December 1, 2010

perjalanan...

....

esok gua akan berangkat ke negeri kedah. menjelajahi negeri jelapang padi malaysia. tak tau la macam mana perjalanannya nanti dan apa yang akan gua lakukan di sana. moga-moga dapat sesuatu yg menarik. doakan perjalanan gua selamat segala..

ada sape2 nk kirim barang??

Monday, November 22, 2010

bile cuti sekolah gua ada di kampung

bile time cuti sekolah je perkara yang paling rutin sekali mesti ada kenduri. terutama time cuti sekolah hujung tahun. mesti banyak kenduri punye. kadang-kadang sampai sehari tiga buah rumah sekali. orang kampung dah tentu pakat-pakat gotong royong buat kerja sama-sama. biasa la duk kampung. kalau kat bandor-bandor tu jangan kata nak gotong royong, jiran sebelah rumah tunjuk muka pun tidak.

###

minggu lepas rumah Ramli Senapang kenduri. kahwinkan anaknya yang perempuan tu. meriah jugak nampaknya. ramai jugak orang datang. yang datang naik motor, naik kereta, van, mpv, macam-macam la ade. berderet-deret la kereta parking kat tepi-tepi jalan tu.

"dengornye anok dia tu kawin artis ye"
"dengornye gitu ler"
"ramai la kawan-kawan artis yang datangnye esok yek"
"gamaknya gitu ler"


"aih x nampak pulak artis-artis nye. kate ramei"
"tu ade. yang pegang kamera muncung tikus tu (DSLR). yang pakai topi orang men golf tu, yang laki rmbut panjang, yg tepi pkok, yg duk hisap rkok tu, yg itu, yg itu"
"tapi sorang pun x penah nampak muke nye, artis mane? yang pengantin pun x knal muka"
"semua tu kerja penulis ade, pelukis ade, tukang tangkap gambor ade, yg tulis buku ade, penerbit ade, editor pn ade, macam-mcam le ade"
....
"tu..tu..artis le tu"

Thursday, November 18, 2010

korbankanlah...

biarkan ia bebas
kemana saja yang ia mahu
jangan diikutkan rasa hati
biarkan saja ia berlalu pergi
pujuklah hati untk melepaskan
pergilah..berlarilah...
biarkan lembu kerbau itu bebas....

Monday, November 15, 2010

balik kampung lagi..

petang tadi gua bergerak balik dari shah alam ke rumah makbapak gua di pahang. gua sebenarnya nak bertolak pagi cadangnya. tapi semalam gua tidor pukul 4pagi. jadi memang agak berat untuk bangun awal jadinya. gua aim nak gerak dalam pukul 11pagi. dan gua terjaga pukul 10.56, kejadah la nak gerak pukul11 dengan segala barang tak berkemas bagai. gua relax. kemas2 barang gua. lepas tu siap mandi,pukul 12lebih gua gerak pergi makan. gua ingat petang sikit baru gua gerak balik.

lepas balik makan gua ingat nak gerak pukul2 pulak. kemas2 lagi sikit apa yang patut kat rumah gua tu. last-last gua gerak pukul3. kejad lambat. dah la panas masa gua keluar rumah tu. tapi ku sangka redup sampai ke petang, rupanya hujan di kuala lumpur. merengek kuda hitam gua sebab basah, tak putus-putus dia merungut "tu la dah tau petang hujan nak jugak gerak petang". tapi nasib baik dia tak meragam ajak berhenti tepi jalan.

kali ni gua rasa agak lama masa yang gua ambil untuk melengkapkan perjalanan gua sehingga ke depan pintu rumah. pukul 6 setengah petang baru gua sampai rumah. itu pun sebab gua banyak menghabiskan masa bersiar-siar di stesen-stesen minyak yang gua singgah behenti.

nasib baik gua tak join member gua yang konvoi 3,4,5 org balik ke temerloh. gua dengar cerita lima jam diaorang atas motor. lima jam tu dari shah alam gua dah boleh sampai kuantan dah, siap boleh behenti hisap rokok lagi. sebab tu gua lagi suka balik sorang-sorang. tapi kalau ajak nak konvoi dengan gua, gua ok je.
tapi tolong jangan bawak moto macam lu nak bersiar-siar kat highway, gua tinggalkan aje. gua tunggu dekat tol...

Wednesday, November 10, 2010

sekejap lagi..

petang tadi masa gua nak lepak-lepak kat luar rumah Lebet nak keluar pergi bank kejap. nak bank in kan duit untk sepupu dia. masa dia kat pintu pagar dia cakap kat gua "nanti mesej la jap lagi" sambil tunjuk telefon tangan dia. gua cuma anggukkan kepala tanda faham.

x sampai seminit lepas tu...

gua mesj dia. "bet, dah kejap dah"
dia balas "ha.ha. nak apa?"
Gua kata "takde apa. gua mesej sebab tadi lu kata nanti mesej jap lagi. gua ingat pesan lu"

dia x balas dah...

Thursday, November 4, 2010

konfius

tadi gua keluar pegi dinner dengan si Jimi dan Lebet. takde idea nak mkan kat mane. udah ny ke kedai yang sering jugak di kunjungi, restoran Ulek Mayang.(takde kaitan dengan drama kat tv3 tu) name sahaja begitu. kalau lu harap nak ada persembahan tarian ulek mrnghiburkan waktu makan sila pergi ke tempat lain.

seperti biasa servis kat situ memang tak mengecewakan. pelayan ok. masa yang di ambil untuk siapkan makanan pun ok. memang tak perlu menunggu lama. rasa pn ok, tak mengecewakan.

tapi satu yang gua konfius dan pelik..

nape teh o ais nya rase sirap..bro apa cerita ni bro.nak kira macam mana ni.

dan time bayar gua serba salah nak cakap tadi minum teh o ais ke sirap...kalau gua cakap air suam ok?..

Wednesday, November 3, 2010

menu hari ini

sape2 nak tlong masak hari ini..
menu ny hati masak kicap dan ulam jangtung pisang rebus..
ad yg nk join...

Saturday, October 30, 2010

ada apa dengan blog?

salam...entry ni mgkin pnjang ckit, gua bagi amaran awal2, klau rase buang masa baik blah sekarang. klau rasa banyak masa terluang tu boleh la teruskan pembacaan lu orang...

ntah bila gua x ingat secara tepat, tapi tak berapa nk lama la gak. ada yang tnya gua camne nk buat blog?..
gua nak terang secara detail memang makan masa dan buang masa pada yang nk tau. klau nk tau lu org ikut je step2 yang ada tu, dan dari masa ke semasa lu orang boleh la buat perubahan apa2 yang patut mengikut kesukaan lu orang...

tapi sebelum pape try tnya diri sendiri tu, untk ap lu nak tulis blog. untk suka-suka? untuk buat diari?, saja-saja ikut mood? untk buat duit?
macam2 lu orang boleh buat dengan blog ni. ikut suka pandai lu orang nak buat apa pun. gua tak kisah. klau tnya gua, gua pn tak tau nak jawab. mgkin gua akan jawab gua saja-saja je tulis. gua takde niat apa-apa pn. ada orang baca ke tak blog gua ni gua peduli apa. memang gua tak kisah...tapi akan da yang kata apa guna lu tulis blog klau takde orang nk baca kan, betul. tapi pape pn lu orang jawab la sendiri...

ada yang tnya pulak camne nak dapat idea untuk tulis entry-entry dalam blog ni?

pada gua idea tu terserah pada individu tu sendiri la. lu orang nk cerita pasal apa pn ikut suka lu orang. macam cerita kedai kopi, masalah dunia, masalah peribadi, masalah apa pn lu orang boleh cerita. tiada hakim tiada saksi. semua lu boleh cerita. cerita yang patut atau tak patut ikut suka lu orang. yang datang dengan dosa atau pahala lu orang tanggung sendiri. berani buat berani tanggung. berani kerana benar takut kerana salah. lu pikir la sendiri.

idea tu datang tak kira tempat dan waktu. mungkin masa nak tidur, mungkin msa lu orang dalam bilik termenung, tak kira la kat mana. semua tu atas pandai lu orang la nak olah macam mana. macam kata seorang bloger yang gua baca dia kata "lontarkan walau beracun, kongsikan walau hanya pada awan-awan". lu orang jangan kisah orang nk kata apa. manusia itu perbagai. mungkin ada yang setuju ada yang tidak. lu takkan mampu nak buat semua orang paham apa yang lu nak sampaikan. tak akan. walau sehebat mana pn lu orang, itu tetap yang pasti.

apa yang lu dapat kalau tulis blog?

tu pun lu orang kena tanya diri sendiri. mungkin kepuasan diri je, mungkin dapat buat duit, mungkin buat kawan. macam la, macam-macam ada! semuanya terserah pada lu orang la nak buat apa. rajin ke malas ke semua pada diri lu orang gak kan.sekarang zaman IT, zaman tanpa batas dalam teknologi maklumat ni. lu orang nak tau pasal apa sekali pn lu boleh dapat dalam internet. yang penting kena ada internet.

camne pulak nak jadi blog yang aktif dan dapat ramai follower?

gua pn tak tau nak jawab camne. gua punya blog ni pun bukan tentu ada orang yang baca pn. kat follower list tu pun ada satu je. tu pn member gua time sekolah dulu. entah sekarang ni dia baca ke tak blog ni pun gua tak tau.

yang boleh gua kata lu orang jangan mengharap sangat pada semua-semua tu. lu orang buat je. ramai penulis-penulis blog sedia ada pn masa awal-awal tulis blog takde nya diorang pikir tu semua. kalau popular tu kira rezki dan nasib tuah diorang la. lu nak dapat blog aktif lu orang kene rajin update blog. ada je idea nk tulis apa lu orang tulis je. macam gua cakap awal tadi, jngan kisah orang nak kata apa. tapi kene ingat. kuantiti kurang penting dari kualiti. kalau lu orang update sehari 3,4 kali pn tapi cerita macam haram tak guna gak. yang penting lu orang kene olah idea tu agak menarik untuk di baca. tak perlu panjang2 pn. kadang-kadang 4,5 baris pn orang baca dah tertarik.

klau nak ramai follower sampai beratus-ratus lu boleh la follow blog orang lain. boleh buat kawan dan kenalan baru. kongsi-kongsi idea. atau pun lu boleh iklankan blog lu kat pesbuk ke, twitter ke. InsyaALLAH akan ramai la follower tu nanti. pada gua pulak gua tak jadi follower kat bnyak blog pun. blog yang kat tepi tu pun gua bukan jadi follower, tapi blog yang ada kat tepi-tepi tu la blog yang selalu gua jengok walaupun masa gua tak update blog gua ni. pada gua klau lu daftar jadi follower kat banyak blog tapi lu jarang online dan jengok ke blog-blog tu tak guna gak. macam gua kata, ikut suka pandai lu orang la.

dah panjang dah entry gua ni. banyak lagi nak tulis rasanya. tapi kadang2 idea tu x datang pulak. gua plan nak tulis ni pn semalam. masa idea datang mencurah-curah ke ladang neuron otak gua. idea datang tiba-tiba boleh mengarut pnjang-panjang. klau datang dipaksa tu kurang sikit. cakap pun ngarut-ngarut je.

dah gua malas nak menaip plak. nasib la tu.

pape pn, macam gua kata. ikut suka pandai lu orang la.
chow...

Friday, October 22, 2010

kawalan rambut gugur..

petang itu seperti petang2 yang biasa2..petang2 yang lain.

tapi semangat rajin Azwandi Seroja menguruskan proses pencucian alat pengangkutan menjadi lain macam. kereta teman wanita beliau yang di tinggalkan di rumah menjadi subjek utama proses tersebut. hari yang sebelumnya juga beliau mencuci kereta terbabit. petang itu juga menyaksikan beliau meneruskan proses mencuci. habis segala bahagian luar dalam mendapat sentuhan pembersihan dari tangan beliau sambil ditemani lagu2 yang berkumandang dari corong radio sebagai halwa telinga.

rakan2 hanya menjadi pemerhati sambil berborak kosong. usai proses mencuci viva kaler blue itu beliau beralih pula pada motosikal model yamaha 135cc LC kepunyaan diri sendiri. beberapa minggu yang lepas beliau terbabit dalam satu kemalangan kecil semasa menaiki motosikal tersebut semasa ingin pergi menemui teman wanitanya, Si Bunga Seroja. pertembungan antara dua buah motosikal menyaksikan beliau mendapat luka2 sederhana dan perubahan warna ke atas motosikal beliau. dari hijau kepada hitam tanpa corak.

proses mencuci dimulakan dengan bancuhan syampu pantene menghasilkan buih2 putih yang semerbak. Jimi Zimin menegur "wangi ngat bau. pakai syampu rambut ek ko basuh"..Azwandi Seroja tersenyum seraya berkata "jimat sikit". bukan menjadi sesuatu yang pelik membasuh kereta atau motosikal menggunakan syampu rambut kerana bukan Azwandi Seroja yang memperkenalkan cara itu. telah banyak orang2 yang terdahulu melakukannya. proses pembasuhan di teruskan.

tidak lama kemudian ada yang berkata "Di, ko basuh pakai syampu jadi hitam dan bersinar la pasni" mungkin bersesuaian dengan motosikal beliau yang hitam tanpa corak itu.
sambil membaca label pada botol syampu beliau menjawab "bukan yang tu, ni hair fall control punye"

gua yang hanya menjadi pemerhati dari tadi~"kiranya lepas ni tak jatuh dah la, dah boleh control ye dak?"

petang itu seperti petang2 yang biasa2..petang2 yang lain.

Sunday, October 17, 2010

melayu jangan gaduh2, apa macam lu punya bagsa mau maju...

hari minggu lagi..
nape name hari minggu? oh silap..hujung minggu. maknenya hari ahad. ada juga yang kate hari minggu itu sabtu dan ahad, dan ada juga yang kate hari minggu itu jumaat dan sabtu,awal minggu pulak hari ape?..sape pulak yang tentukan mane awal dan mane hujung bagi minggu tu? ..tapi gua x kesah. pada gua hari minggu itu maknenya hari cuti, klau hujung minggu itu tidak ditakrifkan cuti maka tiada gunanya dia di katakan sebagai hujung. dah, bukan tu yang gua nk cerita kat cni..abaikan kalau tak patut, jngan pikir.

pagi semalam (tak berapa nak pagi gak la),gua mesej member gua nak ajak main pool malam nanti..."bro, main pool mlam esk?"
dia kate "okey, pkul berapa bro?"
gua kata "lewat skit dalam kul12 lebih"
lame lepas tu(mungkin selepas siap tulis karangan pada makwe tercinta dia balas) "jngan malam sngat, gua x than main air malam-malam"
~~~~
gua semak balik mesej tkut2 gua salah tulis, gua tulis main ke mandi tadi?...gua malas layan dia, trus gua gi mandi, gua rase masa main pool nant dengan bola2 dia sekali gua nak jolok masok lubang...

cerita lain...

member gua cerita..
"member bilik gua yang sorang ni dah jadi terlalu sibuk agaknya. super busy bak kate org putih..yang gua perasan dia ada kat rumah time hisap rokok, kalau ada bau rokok ada la dia, kalau tak..haram.
yang gua perasan, dia balik rumah, masuk bilik, hisap rokok, blah. gua rase dalam dua hari ni masa dia kat rumah x sampai sejam. gua syak dia ada bela hantu raya, tak pun dia tengah kaya. takpe...2,3 hari nanti ada la dia nyendeng2 kat gua, gua kaki kan aje..."
gua?..gua senyap je layan teh o ais sambil tengok MU seri 2 sama..esk pagi gua nak tengok ada tak berita penyokong MU mati sebab gaduh...

Monday, October 11, 2010

kembali..

huh..
dah lame meniggalkan blog ni...berpuasa katanya...tapi kebenarannya..?
bukan sengaja meninggalkan..bukan terpaksa dan bukan di paksa atau sewaktu dengannya..
pergi meninggalkan sementara bagi menuju mencari sesuatu yang hilang, mencari sesuatu yang pasti..arah tuju yang baru,mungkin....

masih dalam perjalanan sebetulnya, mungkin selepas ini ada perubahan. tidak banyak sedikit itu pasti. mengkala tiba masanya, usai segala yang utama, pasti akan kembali. kembali menulis jika pasti..moga berkesempatan...

Tuesday, September 7, 2010

penyimpan mohor besar raja-raja, mengisytiharkan...


gua ingat nk wat enry raya malam raya nanti..tp pikir2 blik malam tu gua akan agak busy, so gua post skarang je la..
malas nk merepek panjang2, gua nak ucap terima kasih pada yg bca blog gua ni, sape2 je la yg membaca atau terbaca...
gua juga nak mintk maaf dan ampun dari segala salah dan silap yg zahir atau tak terzahir...
tahun ni gua tak buat rumah terbuka macam tahun2 yg lepas jgak...
sape2 nk duit raya boleh datang rumah hari raya pertama dan kedua, selepas itu tak dilayan...
dan nak bagi ingat,
jgn lupa bayar zakat
jgn lupa salam makayah mintk ampun
jgn lupa ziarah sedara mara dan rakan taulan
jgn lupa hati2 masa main mercun
jgn lupa pada yg telah tiada
jgn lupa mandi sunat hari raya
jgn lupa solat sunat hari raya
jgn lupa solat jumaat
jgn lupa takbir raya
jgn membazir
jgn buat jahat

dan jgn lupa
selamat hari raya kepada semua
maaf zahir & batin

salam...

Friday, September 3, 2010

saya yang menjalankan tugas

ah..jem.. blum blik lg dah byk keje di tugaskan, nk cari bluh buat pelita, cari bunga api, kene buat kek, kene kecau rendang, buat ketupat, buat bhun sup, pasang langsir, tkar sarung kusyen..tunda r cti klau cmni...tp klau gua blik lmbat pn gua still kne wat smua 2, nk wat camne, gua sayang mak gua.

Wednesday, September 1, 2010

bukan raya kalau..

mpama musim demam, kerana hari raya akan ada petanda kemunculannya. macam2 senario boleh kita saksikan khususnya pada hari2 terakhir menjelang hari raya. kalau takde benda2 ni mknenya bukan rayalah namanya.



kalau 1

takde berita pasal mangsa mercun buatan sendiri di hospital atau penumpang terkandas kerana ulat tiket di stesen2 bas.

"eleh setakat bebalut cikit2 ni biasa la" - mangsa putus jari

"mari, tiket! tiket! beli 2 dapat 1 free. murah-murah!" - ulat2 tiket.



kalau 2

takde ucapan raya dari kaki tangan rangkain televisyen, selebriti2 atau pelajar2 di luar negeri.

"ucapan ini saya tujukan pada hamster saya di malaysia..dari saya ismail dari zimbabwe" - pelajar oversea



kalau 3

di tepi-tepi highway tiada penjual lemang walaupun di kawasan larangan untuk berbuat demikian.

"eh? sukati aku la nak jual kat mana pun"- penjual lemang.



kalau 4

pusat beli belah sunyi tanpa lagu raya dan tak mengadakan jualan murah tapi beli mahal.

"sambil anda membeli belah mari kite berhibur,..dendang perantau..lalalal..."- dj pasaraya.



kalau 5

harga telur, daging, ayam turun mendadak di pasaran kerana tidak mendapat permintaan.

"bekalan ayam daging negara untuk hari raya ini dijangka cukup dengan kadar seorang 3 ekor ayam" - menteri berkenaan.



kalau 6

takde ops sikap yg ke ntah berapa2 ntah atau jalan2 raya lengang untuk mat2 rempit buat litar.

"kemalangan jalan raya dapat kita kurangkan jika penguna jalan raya ada motivasi diri dan mat rempit ada litar sendiri" - ketua polis negara.



kalau 7

takde budak2 datang bertandang ke rumah pagi2 semata2 untuk makan kuih atau minum air.

"xpe la mkck xyah susah2 buat air or jemput masuk, kami nk duit raya je" - budak2 zaman sekarang.



kalau 8

takde kaki tangan kerajaan yang dapat bonus atau cuti panjang.

"tahun ini kerajaan akan memberikan bonus rm500 kepada semua penjawat awam" - menteri berkenaan jugak.



kalau 9

takde laki bini yang bergaduh nak balik kampung mana walhal time lain cuti sebulan pun sibuk ke pusat peranginan.

"akak rasa kita balik raya mane tahun ni?" - si adik

"mesti belah mak lagi kalau x kita kene makan luar sebulan la pas raya ni" - si kakak.



kalau 10

takde yang datang bertandang ke tanah perkuburan beramai2 seperti orang ke pesta air.

"mengapa saudara menangis di kubur ibu saya" - waris



kalau 11

lu org tambah la sendiri...

Wednesday, August 25, 2010

ramadhan yg dulu2

hr ni kra genap la 15hr blog gua ni berpuasa sempenanya bulan ramadhan tahun ini...sepanjang 15hr itu gua pergi berperang dengan diri sendiri, bukan sebab gua xd access ternet, tapi gua biar kan blog ini berpuasa, kerna gua sibuk dengan pelbagai ibadah lain, tp pesbuk gua aktive, gua berperang untuk tidak meletakkan sebarang post baru. tapi dalam pada itu idea untuk menulis datang mencurah-curah bagai rezki bulan ramadhan yg mulia. umpama setan2 yg di belenggu, gua persetankan itu semua, gua x update blog...

dulu masa gua sekolah time tu gua form5. kira super senior la kat sekolah gua 2. gua sekolah asrama seri. sekolah seri kalau kat pahang kira sekolah2 rancangan khas. khas yg macam mana gua pun x tau. xd pun geng2 OKU kat sekolah gua 2. yang terlebih upaya adalah. terlebih yg macam mana bukan itu yg gua nk kesah kan di sini kali ini.

time bulan puasa kat sekolah masa gua f5, biasa la sekolah asrama. makan pun kat dewan makan la. takdenya dapat nak mintak menu yg bukan2 ikt sedap selera mulut dan tekak masing yg berbau tu. apa yg tersedia itu lah yg menjadi santapan bersama. kalau ada yg berhajat jugak mintak la susahkan makbapak datang hantarkan apa yg di hajatkan ank mereka.

macam gua kadang2 bosan jugak hari2 berbuka nasi ni. kadang2 teringin jugak makan pizza atau sepageti walaupun zaman itu gua x berapa kenal sngat dengan menatangnya pizza itu. gua org kampung ok, tekak gua still menginginkan sambal petai, western2 ni gua x bape nak knal sangat, masa tu.
dan bagi memenuhi kebosanan makan nasi asrama gua pun menjalankan urusan MOU code of conduct dengan warden gua masa 2. geng2 gua memang rapat gak dengan warden 2...time dia nak kuar g bazar ramadhan (almaklumlah cikgu bujang,xd ny nk masak2) gua n Bro pun tegur r dia. gua nak suh dia belanja murtabak barang sekeping dua.

"g bazar ke cikgu" ayat lazim ni, sedangkan memang hr2 itu lah rutin cikgu 2.
"haah, nape?" sambil start enjin kereta.
"kirim murtabak sekeping dua" - Bro
"mlas saya. jom lah g sekali"

umpama si buta mendapat mata baru. nak ambil pucuk yg dicita wat ulam dapat sambal belacan sekali. maka hr itu dapat lah ke bazar ramadhan meninggalkan dewan makan asrama.

lepas pada itu banyak hari jugak gua dapat mengikuti ke bazar ramadhan. kalau gua x tegur pn kadang2 cikgu tu yg sibuk ajak. dan tidak dapat tidak ramai juga bibir2 mereka yg berkata2 di belakang tepi kiri dan kanan. kitorang wat x pelik je. yg untg geng gua jugak. ap lu org nk kesah. tapi 2 semua tak lama. bak kata org "penat berkokok nanti ayam tu kene sembelih jugak".

adalah kawan yg sibuk mengirim juadah berbuka dari bazar. gua x kesah. tolong je la belikan even xd upah barang seringgit dua. dan seperti mana cerita pn, mereka2 yg berkata itu juga menjadi antara pengirim2 nya. umpama muka selipar tat seng, putih di atas hitam di bawah..

dan banyak kali jugak gua berbuka dalam kereta sebab blik lmbat. dan banyak kali jugak gua ponteng jemaah magrib kat surau.
gua teringat pita kebab bazar itu. memang sedap tapi sekarang dah lm gua x pekena pita kebab even kat mane2 pn. hr2 nampak, dah x pelik..gua nak cri mkanan yg rare2 plak mcm nasi lemak Mok De dan daging goreng dendeng Mek. memang terbaik...


*# gua teringat curi buah kat dewan makan...

Thursday, August 12, 2010

doa dan harapan...

Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum,
Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;
Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku;
Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naim;

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi...

Harapan Ramadhan
by Man Bai & Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui

Dengan sempurna



Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu

Hingga tak terasa ku berada

Di bulan Ramadhan semula



Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya

Moga dapat ku lenturkan

Nafsu yang selalu membelenggu diri

Tiada henti-henti



Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah

Mengharungi segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan



Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatMu oh Tuhanku...

Ku tempuh jua

Tuesday, August 3, 2010

lompat si katak lompat

katak di bawah tempurung ketinggalan banyak perkara..
kerana di bawah itu sentiasa gelap. berbanding di atas kadang kala cerah, kadang kala mendung, kadang kala gelap. di atas perlu perubahan tetapi di bawah tetap tak berubah.
tapi di bawah ada untungnya juga kerna di bawah terlindug dari hujan.
jika menjadi katak lebih baik di bawah gelas. mampu mendengar dan melihat apa terjadi di luar. cuma tidak mampu berbuat satu apa pun...

Sunday, August 1, 2010

tgah demam..xd mood

tgah gua x shat ni jangan nk mintak bukan-bukan..
memang tak akan di layan...
gua akan senyap je..mls nak pkir pasal blog...

Tuesday, July 27, 2010

belajar dengan mengingati pelajaran....

dari kecil kita diajar dan belajar
untuk mengenali
memahami
dan mengingati
tapi kita tak pernah diajar untuk melupakan
macammana kalau itu yang kita perlukan...

kadang kala belajar untuk melupakan lebih sukar dari untuk mengingati.

kalau tak percaya try ni
try pikirkan satu benda untuk dilupakan. dah pikir? ok,try lupakan?
dah? apa benda yg nak dilupakan tadi?...nampak? ke x? ke?

Sunday, July 25, 2010

hari hujan

segala program terbantut kerna hari hujan.

bukan salah hujan. hujan itu satu rahmat. walau pun ramai yang tak atau kurang menghargai hujan tapi hujan tetap akan turun. turun untuk isi alam. untuk katak yang memanggil. tumbuh-tumbuhan yang memerlukan. dan mungkin walau cuma untuk si awan melepaskan beban...

duduk diam memerhati hujan yang turun serba sedikit menenangkan hati dan perasaan.

Friday, July 23, 2010

yang dalam

Gua tanya.. ”lu apehal. Lain macam gua tengok”
“gua tak sihat”
..lu sakit apa?
..gua sakit yang dalam
Sakit kat mana?
..gua sakit kat dalam
Macam mane boleh sakit?
..kena tanya yang dalam

Diam…
Sakit. Tak tahan.
“Meh gua tolong. Gua bunuh yang dalam.”

Wednesday, July 21, 2010

selamat berlalu

letih
pedih
penat
berat
berpeluh
mengeluh
layu
kuyu
...
....

gua nak pejam
sampai malam
dan malam semula
dan semula
lagi
sekali

jangan kesah
jangan resah
pergi
jiwa gua mati..

padam.........

Sunday, July 18, 2010

entah la...biarkan.

lepak2 hjung minggu..
...
....
.....
......

gua x tau nak tulis apa. haram jadah. tadi sebelum gua on laptop gua ni gua dah rangka2 satu entry yg gua nak tulis minggu lepas. tapi lepas member gua ajak hisap rokok time gua tunggu loading tadi gua dah lupa.
...
jadi minggu depan jela gua sambung....(biasa ramai yg tulis camni)...

tapi gua sambung je la...

gua x tau nak tulis apa. haram jadah. tadi sebelum gua on laptop gua ni gua dah rangka2 satu entry yg gua nak tulis minggu lepas. tapi lepas member gua ajak hisap rokok time gua tunggu loading tadi gua dah lupa. malas nak ingat balik rangka karangan bahasa melayu yg cikgu fazliyaton bagi masa 7tahun lepas. kalau x malas pun memang gua tak ingat gak. cikgu fazliyaton adalah cikgu BM gua masa gua di tingkatan4. masa tingkatan lain pun dia jugak.

masa 2 ada ujian lisan bahasa melayu. ada jugak pertandingan pidato peringkat daerah. satu hari cikgu fazliyaton panggil gua ke bilik guru. yang tukang panggil 2 pulak budak yg kononnya di gosipkan dengan gua. minah 2 seorang pengawas sekolah. gua tak syak gua ada buat kes minggu tu. tapi gua tak puas hati kenape minah 2 yang disuruh panggil gua. jatuh saham gua time lalu kat kelas2 junior masa nak ke bilik guru sebab jalan dengan minah 2. dan gua macam nampak minah 2 senyum2 je walaupun masa 2 gua tengok dia dari belakang. gua rasa kalau gua benti jalan biar minah 2 jalan sorang2 sampai kat bilik guru pun dia tak perasan gua takde belakang dia.

sampai bilik guru cikgu bagitau sebab apa dia panggil gua. gua dah muka bosan. bukan sebab apa yang dia cakap. tapi sebab minah 2 still tak blah gak dari situ. apa kaitan dia pun ada sekali. adakah ini satu konspirasi untuk menjatuhkan saham gua. cikgu suruh gua masuk pertandingan pidato. cikgu cakap sepatutnya minah 2 yg masuk, tapi dia kene masuk public speaking. gua tanya kenape mesti gua. cikgu kata sebab minah 2 yg rekomenkan. tak boleh blah. x penah dalam sejarah aku masuk pidato. bagi la dekat yg dah berpengalaman. apa jadah bagi kat gua. tapi gua tak kata la camtu masa tu.

dan untuk rasuah gua cikgu kata kalau gua masuk pidato tu gua takyah buat ujian lisan. minah tu pulak rasuah gua untuk buatkan teks pidato tu. tapi gua terima tawaran cikgu je. teks pidato gua buat sendiri. kurang macho kalau gua nak minah tu buatkan untuk gua.

masa hari pidato tu cikgu bwak gua pergi sekolah tempat pertandingan tu. yang gua tak paham kenape minah tu ikut sekali. time pidato ada dua sesi. sesi first tajuk yang kita pilih sendiri. sesi yang kedua sesi spontan. kena buat cabutan dari 5 tajuk yang ada. masa sesi pertama gua ok je, sebab teks dah hafal dah tau tajuk dan dah angan2 apa nak cakap. tapi sesi yang ke dua...gua dapat tajuk tanggungjawab pengguna. gua naik pentas tak sampai seminit pun. bagi salam+kata aluan-10saaat. isi-10saat. penutup+sekian wassalam-5saat.

bukan gua tak tau apa nak cakap. tapi tanda perotes. time tu gua pikir markah ujian lisan gua dah cukup mantap. jadi sesi yang kedua boleh di abaikan. gua takut nanti kalau gua buat betul2 gua akan terpilih jadi wakil daerah pulak...
...
..
.

Friday, July 9, 2010

a.s.a.p = asap rokok

baru2 ni gua lepak makan2 dengan member gua,abi. sambil masing2 layan nasi goreng kampung, teh o ais dan ditemani teman setia,asap rokok. member gua kata dia dah keje kat kuantan. gua ingat nak ketuk dia belanja malam 2. tapi bila dia kata "asal gua keje lu nak ketuk" gua terasa tergigit cili padi dalam nasi goreng gua. so, gua payung dia malam 2. tapi payung telur dadar je r.

dah sebulan lebih gak la dia keje. walaupun lain part yang dia apply lain yang dapat tapi takpe la. keje dari bawah. lama2 nanti naik la atas. gua kata kat dia "kira sekarang ni ada masa depan dah r" dia balas "nampak la sikit". gua-"kira termasuk dalam yang bermasa depan r ni" kali ni dia pulak jumpa cili dalam nasi.

bagus betul kawan2 gua. semua ada masa depan. dah keje pas2 lama2 esok pikir kumpul duit nak kawin pulak. tapi sori r kawan, lu orang kawin nanti belum tentu gua bagi hadiah.

nampak gaye gua tertinggal r macam ni. tak larat nak kejar. gua punye study pun terabur lagi. ada bayang2 kene sambung 3tahun lagi ni. tu pun kalau gua larat. tapi kalau gua buat sambil2 lagi 5tahun pun cara gak. cakap pasal stdy, esok gua nak kene bangun awal. tapi penyakit gua tak dapat ubat lagi. ni yang gua malas ni. gua chow lu r...mane lighter gua tadi(nak cari lighter)

gua punya penyakit

dah setahun gua mengalami sleeping disorder. lebih tepat gua mengalami penyakit susah tido malam...tolong bagi ubat sikit

Tuesday, May 11, 2010

HATI

Kau akan fikir semula tentang hati itu
Setelah kau keluarkan dari jasadnya
Kau ambil dan kau letak ke dalam freezer
Agar ia tak menjadi busuk dan berulat
Mungkin kau fikir ia akan tahan lama
Dan kau akan ambil semula bila perlu
Tapi kau harus ingat
Hati itu akan beku
Pasti jua kau tak mahu itu berlaku
Lebih baik dari awal kau masakkan ia
Cukup dengan asam garam serta rempahnya
Kau makan dengan selera

Agar hati itu bersatu dengan hati mu
Pasti itu lebih gembira...

Monday, May 10, 2010

mother's day

everyday pn mother's day sbenarnya..
mls nk merapu..so lyn je ni...

YOUR MOTHER BY YUSUF ISLAM

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Saturday, April 17, 2010

ROCK!!!!

gua baru lepas bersiar2 dalam laman maya aka internet. dekat 3jam gak gua kat dalam 2. mula2 gua pusing2 kat area kedai download 4shared,. dah bosan gua lepak kat Tasek Merah sambil2 dengar2 orang duk "sembang kencang". sambil2 2 jugak gua "berjalan,melihat,mentafsir". tak sempat gua nak "khayal", gua layan lagu pulak. gua masuk youtube. merata gua pusing2 dan secara tibe2 nya mood gua nak berkaraoke datang. gua tengok lagu apa gua nak layan. gua pusing2, kejap ke depan kejap ke belakang. ntah macam mana gua dah sangkut dekat area koleksi juara lagu zaman 89-95. zaman2 lagu rock banyak masuk AJL. memang gempak.

memori gua zaman kecik2 dah masuk dalam kepala. time 2 memang layan lagu2 search, wings, bpr, metallica, gun n roses. lagu2 lama ni memang gempak. even budak2 sekarang pun ada yang sibuk baru nak berjinak2 kenal dengan lagu 2 semua. budak2 yg seusia dengan gua sekarang ni baru nak berjinak2, baru nak download lagu2 search n wings. tapi gua dah membesar dengan lagu2 dorang. gua kira bertuah gak la.

zaman gua umur 2,3 tahun kat rumah gua dah pasang lagu2 search. lagu isabela 2 gua dengar time umur gua dekat2 setahun je. time 2 juara lagu 89. memang gempak. time umur gua melonjak 2 ke 3tahun lagu2 rock yang budak2 layan kat karaoke sekarang ni tengah meletup. juara lagu tahun 90 menyaksikan banyak lagu2 slow rock yang bertanding. mungkin terikut dengan lagu isabela yg menang tahun sebelum tu.

zaman 2 budak2 macam gua takde duit lagi. nak layan lagu2 tu semua kene dengar kat radio je la. sape2 yg ada duit sikit ada la kaset. gua pernah kerjakan kaset ceramah ayah gua yang gua songlap dari dalam almari semata-mata nak record lagu kat radio time 2. gua ingat lagi tajuk kat kaset 2 alam kubur. tapi kat dalam smua lagu2 rock. time 2 nak layan lagu dalam rumah mak gua marah sebab bising. ayah gua ok. dia x marah, kalau dia balik dari keje time gua pasang lagu rock dia pegi kat radio pastu dia kuat kan je. memang sporting r kan. nak xnak kene layan lagu kat radio kete ayah gua. kete datsun kaler maroon.

time dengar balik lagu2 rock dulu memang gua ingat balik zaman gua kecik2. lagu2 2 smua xd rase bosan even dengar 10,20 kali pun. kalau lagu sekarang ni dengar 2,3 kali berturut gua rasa nak hempuk je radio kat kepala. lagu rock dulu memamng layan. memang gempak.

tapi sekarang ni gua pun jadi macam budak2 sekarang gak. sibuk nak download lagu2 dulu 2. sebab kaset "ceramah" gua semua dah hilang....

Saturday, April 10, 2010

MU kalah (bodo betul)

gua rasa bengang gak la MU kalah baru ni....


-
-
-

-
-

lpas ni hrapan untk julang piala liga je...

Wednesday, March 31, 2010

apa beza anggur dngan grape??

hr 2 gua lpak kat barra s7. kalau sape xtaw barra bkak kat tehtarik.com. lpak sambil nk tgok bola. gua x ingt time 2 game apa. tp yg pasti game MU r. gua fan MU. malam 2 ingat nak pkena shisha lg skali kat barra. gua slalu gak pkena shisha kat situ. gua suka sbab dia pakai dapur nenas.

malam 2 membr gua kra second time r try shisha. first time 2 gua bagi dia try apple mint. malm 2 dia nk try flavor ln. gua panggil r brader shisha 2. nk mintk strawberi. bg yg lembt2 lu kat budak x biasa ni. brader 2 blah jap pastu datang semula bgtau strwberi hbs. gua mintk la anggur. dia kt anggur xd. dah 2 membr gua tnya la ap yg ada. brader 2 kate "yg ada grape, apple..." time ni dalm ht gua nk gelak ada nk hentk brader 2 pun ada. anggur xd, bila tnya apa ada dngan konfiden dan xd serba salah dan tanpa befikr sejenak pn jwab "yg ada grape".

nasib baik la brader 2 indon. klau budak melayu memang gua dah hentak kat situ gak. gua tahan je nk gelak..malam 2 gua bagi dia try buble gum. tak boleh than dia. kras sikit r...

**kul3 lbih nanti gua nak lpak tgok bola lagi. pgi ni MU lwan Bayern munich. champion leage. gua rase MU akan menang tipis. tapi yg pnting menang. x lyan shisha, sbab.... poket gua tengah kering.

Thursday, March 25, 2010

murtabak coklat

Gua ingat time bulan puasa tahun lepas. Kat rumah felda makayah gua yg tercinta. Di suatu malam yg x berapa nak lewat. Ayam belum lagi berkokok. Kalau tarawih pun baru hbis 12 rakaat je. Masa 2 kat meja makan. Tengah nak habiskan murtabak time berbuka tadi yg juga merangkap moreh. Sambil minum laicikang juga hasil baki time berbuka. Sambil tangan sedang leka memasukkan murtabak ke dalam mulut sambil2 juga berborak kosong mengisi kekosongan suasana.
Tibe2 abg gua tnya kat Along, ank sedara gua yg paling sulung sekali. Aiman name dia. Time 2 gua betiga. Gua, abg gua yg last, dngn Along. Abg Gua tnya “ Along kat Pekan selalu mkan murtabak x?” si Along ni duk Pekan, Pahang.

Along jawab “selalu la gak. Time bukan bulan puasa pun selalu ada kat pasar malam”
Gua tnya “ murtabak mane yg best? Kat sini ke Pekan”
Along kata “ kat sini r best. Tapi kat kuantan ada yg lagi best gak”
Abg gua tnya “Along selalu beli katne yg best?”
Along jawab “pasar malam kat Taman Mentiga la. tapi kat East Coast Mall pn best gak. (time ni gua tgah minum air. Tapi kepala otak gua dah pelik. Ada plak murtabak kat east coast mall) . tapi kat sane dia letak coklat.”
Kepala otak gua cepat menangkap. Gua telan air yg dalam mulut and then
“ tu bukan murtabak, tu waffle bengong”
“la yeke. Along mane tau name dia”
Lepas 2 memang abg gua ngan gua gelak guling2 tepi peti ais.

Monday, March 22, 2010

terbakar kampung nampak asap

“Awak tau x?” tnya puan su pada en rosly yg tengah sibuk membaca paper yg di beli pagi tadi.
“hmm.” Jwb en rosly malas2. “jawab tau nanti jadi macam pak husin pulak.” Rungut cik rosly dalam hati.
“rumah cikgu ahmad terbakar minggu lepas” kata puan su sambil membancuh susu anlene gold.
“yeke. Teruk ke?” tnya cik rosly.
“teruk jugak. Bomba lambat sampai” jwab puan su sambil menghirup susu yg dibancuh tadi.

“Aiman” cik rosly memanggil anak sulungnya yg baru lepas buat keje tadikanya sambil leka tengok tv citer kamen rider.
“ye abah” jawab aiman sambil mata masih pada tv walaupun sedang iklan ubat penyejuk hati.
“kalau rumah terbakar patut buat apa” tnya en rosly.
“pegi kedai” jwab aiman dengan serius dan konfidennya.
“pegi kedai buat apa?” tnya en rosly pelik.
“beli ubat” masih konfiden.
“kenapa tak telefon bomba?” tnya puan su.
“bomba lambat la ma”
“habis tu kalau rumah kite terbakar macamane?”
“takpe,rumah kite kan ada gebiskon (gaviscon)” jawab aiman smbil sambung tengok kamen rider membelasah altromen.
Puan su terus ke dapur mencuci mug susu beliau. En rosly pula terus keluar untuk mengunci pintu pagar sebelum terus tidor dalam kereta.

Thursday, March 18, 2010

tau ke x tau

Seperti biasa. Seperti malam-malam yg boring takde apa nk di buat. Jam baru menunjukkan pukul 9 dekat2 nak suku. Pak Husin Ngok Ngek melepak di ruang tamu sambil membaca surat kabar yg di kebas dari warung cendol muthu masa main dam aji petang tadi. Mak Piah pula sibuk melipat kain-kain yg di jemur 2hr tanpa dibasuh.
“awak tau tak” Tanya mak piah pada Pak Husin Ngokngek yg leka mengeja.
“tau” jawab Pak Husin sambil cuba mencari maksud perkataan "menjemput" dalam kamus hotak beliau. Adakah sama maksud dngan kuih jemput pisang atau pun jemput udang.
“apa yg awak tau” tnya Mak Piah sambil melipat kain2 kecik dan seangkatan dngannya.
“saya tau la”
“Betul ke tau?” tnya Mak Piah.
“Msti la saya tau” jwb Pak Husin.
“jadi awak dah tau la ni”
“saya dah tau dah” Pak Husin jawab malas2.
“ bagus la dah tau”
“ye bagus” kata Pak Husin sambil bngun dan terus keluar ke kedai Mee Abu layan tengok gusti sambil pekena jemput pisang Janda Jenab.

Tuesday, March 16, 2010

buah oh buah..

Petang tu cuaca x berapa nk kelam sangat. Hujan panas pun turun malu-malu ayam bertelur. Marselo, Andy, Fafau dan Levis lepak ngeteh kat restoran Hakim.

“aku nk tnya hangpa satu teka teki” andy dah bosan tunggu mamak buat air teh o campur x siap2.
“dalam satu kebun buah 2 ada macam2 jenih buah. Semua jenih ada la. termasuk la buah kismis dan buah geduak. Satu hari kebun tu terbakaq. Ada 4 jenih buah ja selamat. Buah apa?” tnya andy dalam loghat kedah.
“kite tawu. Kite tawu” cik fafau taman melawati mencelah.

“ susoh ngat soalang. Mun tau dop Li?” kata Marselo setelah puas pikir sambil sekodeng ahmoi cun meja sebelah.
“mudoh je pun x tau ke. Nak koi jugek yg jawabnye.” Levis masuk loghat pahang beliau.
“koi bagi pantun la”
“buah cempedok di luar pagor,
Buah keranji dalam perahu,
Pisang mas di bawa belayor,
Se lagi koi pun x tau…

“bijok ngat mun” marselo kagum. “pi, se lagi buah nda pe Andy?”
“aku pun x taw” kata Andy sambil menghirup air the 0 beliau.
“ha kan betul koi kate” levis bangga sambil menyalakan rokok daun.

Friday, February 26, 2010

tarikh keramat kekasih hati

hari ni maulidurrasul, 12 rabi'ul awal...

kalau kita ingat tarikh lahir seseorang yg kita sayg. mak ayah, adik beradik, kawan2, kekasih, buah hati. mungkinkah kita akan ingat tarikh 12rabi'ulawal jika tidak di tanda dengan cuti umum dalam kalendar?? tanyakan diri sendiri...

sama2lah kita berdoa. moga dalam rahmat kasih sayang-Nya. ( doa ni aku copy dari blog hlovate, harap dia x kisah)


Al-Fatihah


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagiMu ya Allah yang memberikan rahmah dan kasih sayang

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad SAW,sahabat dan keluarga baginda



Ya Allah,

Hidupkanlah kami dengan imaan

Dan matikanlah kami dengan imaan

Gerakkanlah kami di padang mahsyar dengan imaan

Masukkanlah kami ke syurgaMu dengan imaan

Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu kerana limpah rahmat kasih- sayangMu ya Rahman,kerana takkan mampu kami menebus syurgaMu hanya dengan amalan kami ya Allah.



Ya Allah,

Tetapkanlah kami beserta imaan

Dan keluarkanlah kami dari dunia bersama imaan

Tundukkan penggoda kepada kami[dari golongan jin] kepada imaan



Ya Allah,

Hindarkan kami dari bala dunia dan azab akhirat

Hindarkan kami dari azab sakaratulmaut,azab kubur,azab mahsyar dan azab Jahannam,ya Rahim

Semoga Kau mengampuni dosa kami dan dosa mereka

Moga kami tidak termasuk ke dalam golongan mereka yang diazab

Mohon ya Allah agar kami menjadi golongan yang mengingati mati

Mohon ya Allah agar hati-hati kami tidak diikat oleh leka dunia

Mohon ya Allah,kami termasuk di dalam golongan yang sentiasa mengambil pengajaran dari setiap kejadian ajal yang tiba

Dengan rahmatMu ya Allah Tuhan kami yang Maha Pengasih.


Ameen.

Friday, February 19, 2010

kalaulah..

matahari masih memancarkan sinar yg rembang di langit. tekak terasa kering meminta sedikit belas tuannya untuk melampiaskan nafsu seraya melegakan radang dihati. hari ini dirasakannya bgitu lain sekali. bukannya dia tidak pernah merasakan seperti itu, tapi hati dan akalnya merasakan sesuatu yang berbeda dari selalu. kalaulah hati ini mengertikan rasa yang satu itu..hati kecil merungut sendiri. kalaulah mampu diri ini melakukan sesuatu bagi membantu... namun diri terasa kecil dan x berdaya...kalaulah.....air toh o laici yg mengalir di rengkung masih belum dapat membantu. Ahhh… aku rindu laicikang taman jubli…

malasnya...

salam..
dah lama aku x wat entri dalam blog aku ni. rasa sepi je. rasa macam banyak bende nak di tulis kan tapi x taw nk tulis yg mana satu. kalau nk tulis semua 3hari 3malam pun x habis. sebab aku ni jenis meraban gak la kalau menulis.

semalam aku baru je memulangkan diri aku ke shah alam ni selepas bercuti ke utara tanah air ini. aku ke kg pangkalan hulu di gerik perak mengikut rumate aku ke rumah sedaranya kerana sepupunya ada yg melangsungkan pertunangan. umur baru setahun jagung ada ati bertunang juga. biarlah asalkan dirinya bahagia.

dah lama aku x merasa duduk dikampung yg aman damai seperti itu. semuanya rasa berbeda. kata org lari dari kesibukan kota. memang rasa terlepas dari kesibukan yg menyesakkan. agak seronok di situ. makan amat mengenyangkan perut yg di besarkan umpama lembu. maklumlah makan di rumah org. setiap kali pinggan tinggal seciput kandungannya pasti nasi tmbah akan dihulurkan. dari kanan, kiri, depan. untuk berhenti menyuap pun pasti setelah puas menepis kiri dan kanan. cuma 2hari membolehkan berat badan bertambah sebanyak 2kilo. kalaulah aku tinggal di situ untuk 2minggu mungkin setelah pulang nanti ada yg tidak mengenali diri ini.

alangkah indah duduk di pangkin bawah pohon rambutan yg rendang walaupun kipas yg berputar tidak dirasakan anginnya yg bertiup. diri dibuai rasa mengantuk yg indah dan permai itu. namun kini aku dah kat shah alam. rasa macam...ampes
*******************

Monday, February 1, 2010

ulu yam dan thaipusam

Akhirnya selepas 4 minggu, selepas 3 kali weekend, weekend yg ke4 ni gua g jugak ulu yam setelah hanya sekadar di cakap-cakapkan pada setiap weekend sebelum ni. Sama tarikh dengan hari yg gua g ulu yam untuk tahun lepas. Hari thaipusam. Thaipusam tahun ni jatuh pada 30-01-2010.

Masa gua gi ulu yam yg 1rst utuk tahun lepas masa 2 pun hari thaipusam. Jalan kat batu cave 2 memang sesak gila. Kalau tahun lepas gua rsa xde la sesak sgt org. padahal gua pegi timing pun lebih kurang macam tahun lepas gak. Xd la awal sgt. Tapi kali ni memang sesak gila. Ramai betul org. Sebelum gerak 2 member gua ada kata nak tgk thaipusam sebab dia x pernah tgok. Ha ambik ko tgok la puas2. memang terpaksa tengok sebab memang xleh nak lalu. lama gak la gua kat area dorang wat kavadi 2 sebab ramai org. Nak gerak pun susah. Ramai jgak yg datang tgok. Melayu ada, cina ada, India ramai, mat salleh pun ada.

Gua cite r sikit pasal thaipusam….Dah lebih dua abad dah thaipusam di sambut kat mesia ni. Perayaan yg sinonim dengan dewa murugan 2 mula kat mesia bila ada pedagang India, K. Thamboosami Pillai nak buat kuil untuk dewa murugan 2 kat Mesia. Pillai telah pilih satu gua batu kapur yg terletak kat batu cave untuk buat kuil 2. kuil 2 siap dalam setahun. Masa 1892, Pillai mengadakan perayaan Thaipusam kat batu cave. Amalan 2 terus la kekal sampai hari ni.

Ni pulak info kavadi:
1. kavadi adalah alat untk membawa barang2 upacara keagamaan.
2. penganut hindu yg pikul kavadi akn membersihkan diri di sungai kat kaki bukit or anak air dekat kuil.
3. pemikul kavadi akan curahkan susu yg d bawak atas kavadi ke atas tombak kat kuil.
4. amalan pecahkan kelapa adalah untuk memohon rahmat dewa murugan.
5. amalan cukur kepala lak sebagai symbol kemanusiaan sejagat dan menebus kesalahan.
6. bagi memikul kavadi, sorang 2 perlu diet sayuran selama 40hari dan juga perlu meinggalkan semua aktiviti kehidupan dan lebih byk sembahyang serta bertafakur.

Lebih kurang dekat 45minit gak la gua kat situ. Bukan sebab saja nak bhnti tgok. Tapi xleh jalan sebab sesak. Nasib baik bawak moto. Gua follow belakang brader polis yg sibuk nk gi mane ntah. polis yg kene turun ramai, dari seremban pun ada, tapi yg jaga jalan gua rasa ada la dekat separuh je. Dah lepas bersusah sesak nak lalu kat area 2 gua pun terus r ke destinasi tujuan. Behnti beli lunch kat taman selayang baru fasa 2A.

Sampai kat ulu yam gua lepak kat port biasa. Yg ada signboard “bahaya! dilarang mandi” sampai je terus masing2 nak cepat2 terjun. Gua pun nak cepat gak sebab nak sejukkan badan sikit sebab masa jem tadi memang panas. Dah lepas 2,3 kali terjunan masing2 cari makan pulak. Nak isi perut. Memang best lepak makan atas batu sambil kaki rendam dalan air. Tgah2 makan nampak pulak ikan dkat dengan kaki. Sebelum ni gua xd pun pernah nampk ikan kat port 2. ingatkan 2,3 ekor je. Makin lama makin byk pulak. Campak nasi dalam air 2 lagi byk ikan kuar. Main2 kat kaki je. Dah macam fish spa pun ada. Sapa sangka kat tempat air terjun boleh ada fish spa.

Lepas masing2 kenyang, sambung main air. Memang kerja buat stunt je. Lompat dari tmpat tinggi, macam2 gaya ada. Kul 4 kitorang siap2 gerak balik. Lama gak la main air. Memang puas hati gua gi kali ni. tapi seperti biasa kalau ke mana2 air terjun, gua pasti akan membawa pulang parut luka. Terlebih lasak la ni..ish,ish,ish...

#* perjalanan geng gua kali ni xd la byk sgt rintngan macam 1rst tahun lepas. Jalan balik pun senang, lancar dan laju je. Gua rasa pas ni akan ada lagi trip susulan. Gua on je. Dari gua ikut g jalan ntah mane2 buat habis duit, baik gua gi lepak air terjun. Gua habis rm10 je tadi untuk duit myak n mkan. Berbaloi-baloi.

Friday, January 29, 2010

Accident

Tadi gua pg pasar malam kat ss7. lebih kurang dalam kul 8setgah gua gerak dari rumah naik kereta rumate gua sebab time 2 baru lepas hujan. Road tax kete 2 dah mati 5,6 hr lepas, tapi redah gak la bukan ada polis pun. Sampai je kat ss7 dapat parking pas2 tgok macam ada accident. Dari jauh nmpk asap n kete bomba. Kitorang pun g r ushar. Ada satu kete proton tiara kot, dah habis rentung dah. Takde nampak macam accident pun. Satu kete 2 je. Dengar2 org cakap pemandu dah save dah. Tapi xtau la laki ke pompuan, cedera ke tidak x tau la.

Kete 2 terbakar betul2 kat tgah2 simpang 2. masa gua sampai ambulance dah blah dah. bomba pun dah berjaya kawal api 2 dah. Ada sikit je lagi api kat engine. Gua rasa engine kete 2 dah kasi blow r. kete mati tgah2 jalan pastu berasap n terbakar r. maybe ada leaking kot. Bahaya gak la. kalau driver 2 x sedar kete 2 ada problem awal2 gua rasa silap2 x sempat dia nk keluar.

Tapi nasib baik jalan xd la jadi sesak sebab org behenti nak tgk accident. Motor ada gak la behnti sebab nk tgk. Tapi kete2 takat slow je la. xd yg bhenti. Bahaya wo kalau org sibuk nak bhnti tgok accident. Jem dah satu hal. Silap2 boleh jadi lagi satu accident. Macam gua baca paper semalam, ada satu kete perdana dah bagi brek emergency kat highway federal sebab nak tgok ada accident kat lorong bertentangan. Satu motor x sempat nak elak perdana 2 dah langgar belakang dia. Meninggal kat situ gak. Sian pakcik 2. yg perdana 2 brek sebab ingt yg accident 2 ahli keluarga dia.

Bahaya 2. nak tgok accident pun biar kene cara. Jgn nk terus bhenti je. X kisah la yg accident 2 kaum keluarga ke, ahli politik ke, menteri ke, anak raja ke sape ke, kene pikir gak pengguna jaln yg lain. Jgn ikut suka je. Biar kene cara. Apa salah kalau bhnti jauh sikit ke kalau dah terlepas pun, jgn nk brek emergency je. boleh bahayakan org lain. Dari elok xd yg mati boleh jadi ada yg mati.

#* pandai2 la. gua rasa semua tau punya.

Sunday, January 24, 2010

komik kat rumah aku

apa yg aku nk tulis dalam post ni aku ada pikir masa petang td. tapi aku x bajet pun akan post malam ni. aku ingt nant baru aku nak tulis post ni. tapi tadi aku baca blog member aku yg ada tulis dia sanggup selamatkan komik2 dia dulu kalau rumah terbakar. aku pun terpikir kalau kat rumah aku nk selamtkan komik alamatnya aku kene pastikan yg satu bilik tidur yg merangkap stor komik bawah katil 2 banjir. sure time 2 org sibuk padamkan api aku sibuk jirus air dalam bilik 2 je. sebabnya...

komik kat rumah aku dah terlampau banyak sangt. 2 pun telah di lupuskan sebahagian besarnya. yg tinggal hanya sebahagian kecil yg memenuhi kotak2 limau mandrin yg tersusn penuh bawah katil queen size. dah macam ada lagi satu katil bawah katil 2. aku rasa kalau aku susun komik 2 dah boleh penuh 3,4,5 padang bola.

dulu memang banyk komik kat rumah aku. ujang, gila2, apo?, gempak, utopia, guruh badai, alam perwira, penjejak wira, raja rimba, dan macam2 lagi la. tapi sekrg ni yg jadi koleksi tetap untuk dibeli tinggal pedang setiawan n kreko. pedang setiawan dah jadi mcam pusaka turun temurun dah kat rumah aku. kreko aku je yg kumpul skrg ni. pedang setiawan abg aku yg last pulak beli. masa awl2 dulu dalam 10 tahun lepas kot, abg aku yg no2 yg beli, pastu turun kat abg aku yg no4. skrg ni kat abg aku yg last 2 pulak. komik 2 stil x habis2 lagi dan bertahan publish smpai skrg. dan pedang setiawan stil jadi koleksi yg xkan di lupuskan kat rumah aku. yg kat bawah katil 2 ada pedang setiawan je. dan aku rasa xd satu pun episod yg tertinggal or kalau ada yg misplaced pun maybe ada dalam 10 dari 580 episod. time aku balik cuti sure aku akan stdy komik 2. sama la macam abg aku yg sulung n yg no2 2. kalau dorg balik kmpng sure tanya pasal pedang setiawan.

aku memang respek cerita pedang setiawan. syabas pada Ma Wing Shing. dan hujung tahun lepas 12/12/2009 kuar crita adaptasi komik 2 kat wayang. storm rider 2. adaptasi yg ke2. tapi aku x tengok lagi cerita 2 even movie 2 one of the movie yg aku tunggu for the year. ada member janji nak belanja tgk cerita 2 tapi x berkesempatan. dan aku x download lagi cerita 2. pada aku, aku nak tgk yg gmbr lawa. takat gmbr wayg aku memang x puas hati.

aku tgok trailer dia je. memang gempak. maybe ada hikmat "seribu pedang pulang ke asal". aku rasa episode kali ni kalau di ikutkan pada siri komiknya dan trailer 2 aku rasa penjejak badai dikuasai oleh "darah gila". dan untuk mengatasinya ayah dia ajarkan "hikmat hati air batu" (aku pun penah kot belajar hikmat ni dulu). aku nak sgt tgok crta 2. aku harap crita dia xd byk sgt ubah dari dalam komik macam yg no1 dulu dan effect x menghampakan macam yg 1rst dulu. dan aku harap akan ada lagi episode adaptasi dia yg lain. aku nak tgk ada maharaja angkasa, bayang raja, po jun, hati murah n byk lg la.

aku rasa nanti kalau aku dah grad dan ada byk masa untuk di buang aku akan stdy balik pedang setiawan 2. sampai muntah la kot. memang byk giler. harap ada la masa 2.

#* gua rasa byk lagi nk tulis. tapi nanti la pulak. nanti gua nak smbung cerita pasal komik kat rumah selang sebuah rumah dari rumah gua pulak (jiran gua la). rumah dia dah macam ada satu bilik kedai buku sewa.

gua pun x tau

Semalam lebih kurang dalam kul 1pg sebelum aku gerak untuk ke sportplanet layan futsal untuk 2jam aku call borak2 dengan sorang schoolmate aku dulu. Aku saja je. Aku dah ngantuk time 2. tapi sementara nak tunggu kul2 aku brak2 dengan dia kejap. Dia ada cakap pasal plan budak skolah aku nak g redang. Plan nak g konvoi kenduri rumah salah sorang budak batch aku la apa la. cerita pasal member aku yg dah bertukar agar2 lembut kene sound dengan sorang junior aku anak ustaz kat sekola aku gak. Macam2 gak la ceritanya. Borak punya borak ada la bukak cerita pasal time sekolah dulu.

Ntah macam mana boleh pulak buka cerita pasal aku punya admire masa sekolah dulu. aku xd la hot un. suam2 air baru masak je. cerita pasal sorang minah ni. Budak tu boleh tahan la jugak kot. Aku pun bukan kesah sangat pasal budak2 lain time 2, kesah diri sendiri n yg satu species je. So kalau ada yg tanya aku budak tu macam mana aku sure x tau nak ckap camne. Aku sendiri tau pasal budak 2 ada something kat aku pun masa aku form 4. yang masa form 1 sampai form 3 aku sumpah x pernah tau pun sampai la awal tahun lepas. Tu pun ex aku yg cerita. Kalau x aku xkan pernah tau kot. Memang pelik la kan. Yg dia cakap masa kitorang f3 or f2 kot, time 2 memang kes pasal couple2 ni tgah panas la. sampai kan ada budak yg masuk list untuk kene panggil. tapi kebanyakannya senior2 aku time 2 la. ex aku kata time 2 budak2 pompuan batch aku memang dah risau nama budak 2 n name aku akan naik. Tapi dorang pun pelik sebab nama aku x naik. Tapi time 2 orang pikir ada cikgu yg cover pasal aku dengan si A ni. Yg agak lawaknya, aku boleh kata yg time 2 aku x tau pun pasal 2. tapi ex aku kata budak2 laki kelas aku pun tau gak. So boleh kata aku je la kot yg xtau masa 2. giler r. kalau nama aku naik time 2 memang x puas hati r. aku x pernah tau pape pun pasal budak 2 boleh plak org kata aku couple dengan dia. Dah la ramai orang yg tau. Cikgu2 pun tau. Aku tuan punya diri je yg x tau. Bangang pun ada.

Dan ntah macam mana pulak buka cerita pasal aku suka kat sorang senior aku ni. Time 2 kitorang form4. Budak 2 tua setahun dari aku. Boleh tahan gak la awek ni. Putih. Muka ada iras2 ella (ratu rock) sikit. Gaya pun lebih kurang macam ella kot. Yg member aku ni kata aku pernah bagi surat kat budak 2. dia kata dia pernah baca surat 2 sebab budak 2 ada tunjuk. Masa dia cerita aku dah gelak2 gak la. aku xd ny nk tulis2 surat cam2. dia kata dalam surat 2 ada tulis “ saya dah lama tengok awk, saya suka awak, saya tengok dari jauh je.” macam tu la lebih kurang. macam2 lagi la. siap ada lukis love kecik2. dah la koyak buku latihan tulis surat. aku memang dah gelak time 2, kertas kajang xd ke. kat surat 2 tulis FW 3IBK. Pastu dorang terus ingat aku la yg tulis surat tu. Member aku kata lepas pada 2 memang budak gossip aku dengan si F ni la. ramai budak tau. Yg peliknya lagi sekali. aku yg x tau.

Aku xd ny nak tulis2 surat cam2. dah la pakai pensil. Koyak buku latihan plak 2. dan aku x penah guna short FW. Aku penah guna MF je. 2 pun untuk tanda pada buku. Bukan tulis surat. Dan lagi satu aku bukan kelas 3IBK, aku kelas IBS Aku x tau la ada yg nak kena kan aku ke ataupun dorang salah orang. Tapi yg sure bukan aku r yg tulis surat 2. tapi aku kuat merasa kan macam ada org kene kan aku. Memang macam haram betul la. dorang ingat aku ni cikai sangat ke. Aku xd ny nk tulis surat ni. Aku call je terus. X caya Tanya si F 2 la aku ada kol dia ke x time 2…patut la budak boleh kata aku suka si F ni time 2. sebab surat 2 rupanya, aku ingatkan time 2 budak tau aku pernah kol minah 2.. tapi bila pikir2 balik aku xd pun kot minat sangat kat budak 2. aku rasa maybe sebab budak gosip2 kan je 2 yg jd cam2. tapi muka budak 2 memang boleh tahan la. sape yg berminat boleh la bagitau aku. Mane la tau aku boleh tlg jejakkan dia kat mane skrg ni.


Corat-coret : gua rasa agk bengang gak la bila dapat tau pasal surat 2. ada yg kene kan gua n gua rasa ada yg nak kene dengan gua. Kalau gua dapat tau sape yg buat memang ada yg nak kene santau. Dengki sampai mati.

#* gua x pernah couple pun dengan budak yg kene gossip dengan gua…. Tahun lepas gua dapat awek yg gua rasa sgt cukup baik la pada gua. Tapi xd lama pun jadi awek gua. Gua pun x tau la nape. Gua rasa sampai skrg pun gua miss dia lg. gua rasa gua ni bangang pun ada.

Monday, January 18, 2010

matahari bakar n wash eye

pagi 2 agak pagi gak la aku bangun. semua roomate aku, wandi punya pasal la plan nak gi main air kat sunway. sebenarnya aku rasa malas2 je nak bangun. takut lambat punya pasal aku bangun gak la. tapi yg aku x puas hatinya masa aku nak mandi tu ada plak mamat bilik sebelah masuk toilet nak mandi gak. yg peliknya semalam 2 dia kata xnak ikut. tapi hari ni bangun awal plak. nak x nak aku turun mandi bilik air bawah. pas siap mandi n siap2 smua transport plak x cukup. x cukup satu motor. mamat yg bilik sebelah td nk x nk gak pg sebab x cukup transport. tapi pas pujuk2 n setting nak pinjam kete roomate aku yg di tggalkan sebab dia balik kajang. dia pn on gak la pg. nasib baik gak dia pegi kalau x kebosanan la aku kat sunway 2 sebab wandi 2 sibuk layan awek dia je.

trafik pagi 2 memang agak merestui gak la. tak merasai jem. kalau x pegi sunway naik kete ni mesti aku dah menyumpah-nyumpah pada samseng2 jalanan yg rasa kete dia power tapi takat 110 pun dah xleh pegi. dan jugak pada mereka2 yg berkereta besar + mahal tapi signal pun xde.. brakefast pun org belanja. kira agak menerujakan hati jiwa dan perasaan la. sampai sunway pusing2 cari parking. nak tuggu lif plak dah sekian. sempat jugak la habis sebatang rokok. kat kaunter tiket org dah sesak. sempat habis lagi sebatang. kitorang ambik tiket untuk 2park je. water park n amusement park. ok la x berapa nak mahal, rm45 je. dapat diskaun rm15.

lepas siap masuk simpan barang apa semua. aku pun melepaskan rasa x puas hati mandi kat rumah tadi. main air kat ombak. tapi ombak dia x macam kat gambang. ombak kat gambang lagi menarik dan menguji tahap bernafas dalam air. lama gak la main air kat water park 2. pas makan n rest g main kat amusement park plak. yg 1st aku naik pirate ship. memang best tahap cipan terbang. pastu ingat nak naik tomahawk plak, tapi tutup. g naik roller coaster. ok la. sekejap sangat ride dia. x puas hati punya pasal naik lg sekali. sambung main air kat niagara water fall n grand canyon river plak. aku ingat lepas tu nak naik pirate ship lagi sekali. tapi hujan plak. x dapat r.

kira puas hati gak la hari tu. bebaloi la jugak. dan dapat jugak aku balas dendam paw member aku blanja carls junior sebelum balik 2. tapi x puas hati x dapat naik tomahawk n pirate ship lagi sekali. malam 2 masing2 sedar yg masing2 kena sun burn tapi puas kot dapat cuci mata.

Friday, January 15, 2010

mahalkah sebuah senyuman

aku saja nak post lagi even baru awal pg td aku dah post yg baru. post ni aku tulis 2,3 hr lepas. lepas aku lepak2 kat kedai makan meluangkan masa yg terbuang dngan roomate aku yg melampiaskan nafsu makannya dengan rakusnya. tu pun sebab aku yg bayarkan. tapi dia x sedar yg sebenarnya yg aku bayar 2 duit dia gak. byar hutang. malam tu membicarakan isu2 berbangkit. pelbagai yg di perkatakan. aku pun ingat sangat (byk telan asap pnya pasal r ni)...tapi yg di tulis kat bawah ni bukanlah sebahagian dialog pd malam 2..

Aku ingt time aku form 5 (x silap aku la..) ada org bagi aku satu mug. Maybe time tu friendship day kot ke ntah hari apa ntah. Time tu since aku f3 memang kat sekolah aku ada kelab yg selalu wat benda cm2. wat delivery something untuk hari tertentu, hari guru la, apple day la, choc day la, ap la, untuk kumpul duit. Time tu ramai la budak yg wat delivery. Secret admire la ap la. aku x xpect pun yg aku pn akn dapat something that day sbb aku bukannya yg jenis layan sgt bnda2 cam2. nak bagi hadiah kat diri sendiri pun susah. Tapi at the end of the day aku dapat satu mug yg tulis kat situ “mahalkah sebuah senyuman”. Mula2 aku x tau pun sape yg bagi sebab aku x tgk sangt pun. Tp seminggu pastu baru aku perasan rupanya ada name org yg bg kat bawah 2(apa ke lembab aku x tgk betul2 benda tu). yg aku x paham kenapa tulis cam2. maybe sebab budak tu x selalu nmpak aku senyum kot. Tp ap yg tulis kat situ memang betul pun. Aku memang susah senyum.

Time aku sekolah dulu ramai yg kata aku ni jenis yg susah senyum. Nampak sombong je. Garang. Ego. Time aku kat matrik pun cm2 gak. Org kata aku sombong. Jenis jalan pun x pandang org. betul ke? Ntah la. kalau aku jalan x pndg org cmne ek. Tutup mata? Sure akan banyak kejadian pelanggaran tidak kenyal berlaku. tapi kalau sibuk pandang orang je mungkin jugak akan berlaku pelanggaran antara zarah kepala anda bersama zarah sesuatu yg lebih keras yg dinamakan tiang. dah akan berlaku satu dentuman yg memekakkan telinga sendiri.

Apapun aku x kesah apa orang nak kata. Lantak dorg la. masing2 ada mulut. So, free to talk. Aku memang bukan jenis yg senyum je x tentu pasal. Dan aku rasa x dapat pape pn kalau senyum. Orang akan kata aku sombong. Belagak serius. Tapi aku x kisah pun apa org nk kata. People talk every time. Let it be. Lg pun yg kata cm2 org yg x kenal aku. Yg dah kenal aku maybe x kata cam2 dah kot. Bila dah kenal dorg x kata aku sombong kot. Tapi aku memang susah senyum. So, mahalkah sebuah senyuman? Yup, it priceless….

Nota tersepit : you cannot buy a smile, but you can pay some1 to smile..and remember, money cant buy everything..

#*esok gua nak pergi sunway. saja je gua nak ikut roomate gua. rase x puas mandi kat rumah sebab shower toilet bilik gua rosak. hampeh...

yang baru dan lama

tahun baru. bulan baru. sem baru. azam baru??
apa yg baru x pntg pun. yg lama lbih pentg. cause we learn from the past not the future. but sometime the past can be the future and the future can be the past. we never know...something that we cant learn from the past we learn from the present. what should be could be. but what could be not always should be. thankful for the life..