Tuesday, November 10, 2009

Dugaan, Cabaran, & Cobaan…

Permulaan pemanasan badan dan minda yang agak lambat pada awal sem ni. Sem yang memang banyak cobaan dan dugaannya. Permulaan yang lambat pada awalnya dijangka akan rancak pada minggu ke-3 bertukar jadi lembab semula bila minggu ke-4 tu diumumkan sebagai cuti H1n1. cuti seminggu. Semangat study luntur semula, jadi lembab balik. Tapi tak dinafikan ada jugak yang gembira sebab dapat cuti 2. so ramai yang balik kampong.

Baru je pas cuti. Cuti lagi. Aku malas nak balik. Lepak kat shah alam je. Agak bosan gak la. Tapi balik pun bosan gak. Same je balik or tak. Banyak cuti pun bosan gak. Menyampah…

Awal bulan 8, 2 minggu sebelum puasa, someone yang rapat dengan aku meniggal. Innalillah. Sehari sebelum test. Aku balik. Hujung bulan 8 start puasa. Dugaan sekali lagi bila minggu pertama puasa aku sakit mata. Baru je start puasa 3hr. Cuti seminggu lagi. Terlepas lagi kelas seminggu. Mata dah ok, start g kelas semula. Masuk je kelas jadi blur. Banyak dah benda yang aku tertinggal. Tenat nak cover balik. Memang berlari tak cukup tanah nak kene kejar. Macam nampak hantu je.

Dugaan lagi bila 2minggu sebelum raya tu demam plak. Pegi PK dapat mc lg. kene cek darah. Dan resultnya aku d suspek denggi. Hari ke4 cek darah trus di hantar ke hospital klang. Masuk hospital 3 hari. Memang tenat hari2 kene cek darah 4kali sehari. Aku dah la kurus. Dorang tak kesian ke. Tapi nak buat camne dah memang keje dorang. Terima je la. Minggu sebelum raya masuk kelas sehari je. Memag blur sangat2. mampos aku macam ni. Tapi nasib baik aku dapat keluar hospital cepat. Kalau tak alamat beraya kat hospital la.

balik rumah time raya mak aku bising kata surat dari dekan sampai sebab banyak tak pegi kelas. Surat suruh tunjuk sebab. Aku tak pegi sebab mc. Tapi masuk rekod gak la sebab ak bagi mc 2 lambat. Tapi ye la, dah cuti je bila aku nak hantar mc. Giler ke apa. Ayah aku macam biasa akan cerita benda tu kat abang aku. Abang aku pulak just gelak je. Abg aku tu Alumni UITM gak. Budak engine gak. So dia tau la budak2 engine UITM ni camne. Member2 dia dulu ramai jer yang ponteng kelas. xder apa pun. Tapi 2 dulu la. 10 tahun yang lalu, Dekan sekarang ni bukan bekas UITM. Baru je sampai sem ni. So memang tak tau la budak2 UITM ni cmne sejarahnya. Bolah kata dia ni agak skema la.

Lepas cuti raya sebulan je lagi nak final. Pasal surat tu aku buat xtau je la. Hntar mc kat lecturer. Kalau dekan panggil pun aku ada mc. Buat apa nak kecoh2. final dah dekat. Assignment banyak yang terlepas. Test pun terlepas. Lab report lagi. Carry mark memang nazak la sem ni. Memang mampos r aku. Try nak kejar. Tak larat. Tak cukup nafas. Sedar tak sedar dah masuk stdy week. Memang pasrah je la. Hancur. Lebur. Nazak dan tenat sangat. Apa nak jadi x tau la. Repeat memang dah pasti. Dengan hutang yang sedia ada, aku jamin memang aku akan extend walau aku dapat 4flat untuk setiap sem selepas ni pun. Budak2 engine memang biasa kalau ada yang extend. Jadi macam tak pelik je. Tapi kalau tau kat family aku ni memang mampos. Cari nahas je la. Memang kalau boleh nak lari g Amazon. Masalahya, x boleh. Tak tau la aku macam mana ni nanti.

Pengajarannya : kalau dah mc banyak sangat mintak je cuti 1 sem.

Notebawahtilam : dugaan, cabaran dan cobaan mendewasakan kita. Walau apa pun yang terjadi sabar perlu ada dalam dada. But, it was easier said than done. Cakap senang r, buat tengok…
Bangkit dari kegagalan bukan senang. Tapi kita tetap perlu mencoba. Coba kau coba (bak kata faizal tahir). Sometime we think to run from it. But run never took us anywhere, and face it will bring us to the place we never imagine. The past teach us. We live for today for a better tomorrow. Live well or live hell, we choose. By hook or by crook, it must be done…DANKE SCHON

Sunday, November 8, 2009

aku nak tidur....gila jadinya

hari ni dah masuk minggu ke3 kot revolusi diri kemanusiaan aku ke arah menjadi seorang ataupun seekor kelawar. malam asyik berjaga je. siang pulak tido. tu je la kerja aku start dari hari tu. bukannya xnk tdo awal, tapi aku tak dapat nak tido. bukan tak ngantuk, tapi tak tau la. pukul12 je aku akan start mengantuk, tapi kalau aku tak start tido dalam masa 15minit secara automatiknya aku akan tak dapat tido sampai pukul4 sekurang2nya. ataupun aku akan tak tido sampai sesudah subuh.dan bila dah tido tu mesti akan bangun lepas zohor. kecuali hari jumaat la. even aku ni malas tapi aku still akan bangun untuk solat jumaat. bahaya wo kalau tinggal solat jumaat ni. silap2 boleh murtad. na'uzubillah. lagi pun jumaat tu seminggu sekali je. paling kurang time tu la orang akan jejakkan kaki ke masjid. tapi tu pun rmai lagi yang malas nak pegi. aku pun tak paham la kenape..dan lagi ramai yang pegi just untuk sembahyang je. sampai pun time dah khutbah ke2, time orang berdiri nak sembahyang dah. same jugak macam tak pegi.pelik2.

bebalik pasal kes susah nak tido tadi.aku pun tak tau kenape. maybe kene makan pil tido kot. maybe jugak aku boleh apply untuk jadi super hero macam batman je. boleh jadi hero even orang tak kenal dia tu sape sebenarnya. macam bruce wayne tu. malam buat keje, siang pulak tido sampai kul3 or lebih. tapi aku tak la kaya macam dia. kalau kaya macam dia boleh la. kalau aku macam dia aku akan pastikan kampung aku tu maju even aku tak duduk kat situ pun.

tapi aku kene sedar la aku ni duk kat malaysia. kampung aku 2 pulak felda je. so maybe aku leh jadi keluangman je la kot. tak perlu nak kaya pun boleh jadi super hero. nampak macam bodoh2 je tapi still jadi super hero even dia takde pape super power pun.hidup dia pun happy je even dia duduk kat rumah sakit jiwa. kawan pun dengan orang sakit jiwa je smua.

ok jugak duduk dengan orang sakit jiwa tu. kadang2 diorang tu lagi sesuai nak dibuat kawan banding org yang kat luar ni. diorang tu takde nak tikam dari belakang. takde yg makan rasuah, takde yang gila kuasa,takde yang gila pangkat. takde yang nak dengki2, takde yang duk sibuk mengata pasal org lain sampai lupa pasal hal sendiri. kalau ada diorang buat cerita pasal org pun takde yg nak pecaya kat diorang sebab diorang tu gila. so maybe diorang ni takde dosa mengumpat kot. try la lepak dengan diorang. tapi aku tak nak la...

pengajarannya: kadang2 orang gila 2 lagi sempurna dari yang waras.
notabawahtilam: bukan semua yang waras itu waras. jadi manusia yang waras itu perlu lebih waras dari semua segi...

seorang menteri melawat sebuah hospital sakit jiwa. di hospital tersebut beliau ternmpak seorang pesakit yang sedang leka memancing di dalm sebuah baldi. menteri tersebut mencari akal untuk menyapa pesakit tersebut...

menteri: banyak ke ikan?
pesakit: ape gile ke? mane ade ikan dalam baldi ni..

*layan orang gila, jadi gila...

TQ

Saturday, November 7, 2009

aku tak tau dan tak sedar

akhirnya, finally n lastnya...berjaya gak aku wat n siapkan blog aku ni..mcam si..aa..ap kan add math susah.almaklumlah rabun IT ckit. aku bkan tau sangat pasl bnda2 cmni.

bnda blog ni dah jadi trend skg ni. rmai orag buat. sama gak macam facebook. dah jadi wabak penyakit. dah sama macam H1N1 dah. orang lagi ingt fb dari ingat demam babi tu. tapi aku masih tak terjebak lagi dalm kejadian ketagihan fb tu. dan aku rasa lagi better layan blog dr fb. tak tau la knape,tapi tu la aku rasa. klau ak tau knape pun aku tak perlu pun nak jelaskan. terserah pada individu untuk menilai apa yang buruk n apa yang baik. diri sendiri yang kena ubah diri sendri. org lain just boleh kata, tegur, nasihat, tengking dan segala bagai tapi apa pun atas dri sendiri gak.

takde harapan, rancangan, plan atau apa pun, just like to give out something sometime. give out is better than give up.