Sunday, November 8, 2009

aku nak tidur....gila jadinya

hari ni dah masuk minggu ke3 kot revolusi diri kemanusiaan aku ke arah menjadi seorang ataupun seekor kelawar. malam asyik berjaga je. siang pulak tido. tu je la kerja aku start dari hari tu. bukannya xnk tdo awal, tapi aku tak dapat nak tido. bukan tak ngantuk, tapi tak tau la. pukul12 je aku akan start mengantuk, tapi kalau aku tak start tido dalam masa 15minit secara automatiknya aku akan tak dapat tido sampai pukul4 sekurang2nya. ataupun aku akan tak tido sampai sesudah subuh.dan bila dah tido tu mesti akan bangun lepas zohor. kecuali hari jumaat la. even aku ni malas tapi aku still akan bangun untuk solat jumaat. bahaya wo kalau tinggal solat jumaat ni. silap2 boleh murtad. na'uzubillah. lagi pun jumaat tu seminggu sekali je. paling kurang time tu la orang akan jejakkan kaki ke masjid. tapi tu pun rmai lagi yang malas nak pegi. aku pun tak paham la kenape..dan lagi ramai yang pegi just untuk sembahyang je. sampai pun time dah khutbah ke2, time orang berdiri nak sembahyang dah. same jugak macam tak pegi.pelik2.

bebalik pasal kes susah nak tido tadi.aku pun tak tau kenape. maybe kene makan pil tido kot. maybe jugak aku boleh apply untuk jadi super hero macam batman je. boleh jadi hero even orang tak kenal dia tu sape sebenarnya. macam bruce wayne tu. malam buat keje, siang pulak tido sampai kul3 or lebih. tapi aku tak la kaya macam dia. kalau kaya macam dia boleh la. kalau aku macam dia aku akan pastikan kampung aku tu maju even aku tak duduk kat situ pun.

tapi aku kene sedar la aku ni duk kat malaysia. kampung aku 2 pulak felda je. so maybe aku leh jadi keluangman je la kot. tak perlu nak kaya pun boleh jadi super hero. nampak macam bodoh2 je tapi still jadi super hero even dia takde pape super power pun.hidup dia pun happy je even dia duduk kat rumah sakit jiwa. kawan pun dengan orang sakit jiwa je smua.

ok jugak duduk dengan orang sakit jiwa tu. kadang2 diorang tu lagi sesuai nak dibuat kawan banding org yang kat luar ni. diorang tu takde nak tikam dari belakang. takde yg makan rasuah, takde yang gila kuasa,takde yang gila pangkat. takde yang nak dengki2, takde yang duk sibuk mengata pasal org lain sampai lupa pasal hal sendiri. kalau ada diorang buat cerita pasal org pun takde yg nak pecaya kat diorang sebab diorang tu gila. so maybe diorang ni takde dosa mengumpat kot. try la lepak dengan diorang. tapi aku tak nak la...

pengajarannya: kadang2 orang gila 2 lagi sempurna dari yang waras.
notabawahtilam: bukan semua yang waras itu waras. jadi manusia yang waras itu perlu lebih waras dari semua segi...

seorang menteri melawat sebuah hospital sakit jiwa. di hospital tersebut beliau ternmpak seorang pesakit yang sedang leka memancing di dalm sebuah baldi. menteri tersebut mencari akal untuk menyapa pesakit tersebut...

menteri: banyak ke ikan?
pesakit: ape gile ke? mane ade ikan dalam baldi ni..

*layan orang gila, jadi gila...

TQ

No comments:

Post a Comment