Monday, November 22, 2010

bile cuti sekolah gua ada di kampung

bile time cuti sekolah je perkara yang paling rutin sekali mesti ada kenduri. terutama time cuti sekolah hujung tahun. mesti banyak kenduri punye. kadang-kadang sampai sehari tiga buah rumah sekali. orang kampung dah tentu pakat-pakat gotong royong buat kerja sama-sama. biasa la duk kampung. kalau kat bandor-bandor tu jangan kata nak gotong royong, jiran sebelah rumah tunjuk muka pun tidak.

###

minggu lepas rumah Ramli Senapang kenduri. kahwinkan anaknya yang perempuan tu. meriah jugak nampaknya. ramai jugak orang datang. yang datang naik motor, naik kereta, van, mpv, macam-macam la ade. berderet-deret la kereta parking kat tepi-tepi jalan tu.

"dengornye anok dia tu kawin artis ye"
"dengornye gitu ler"
"ramai la kawan-kawan artis yang datangnye esok yek"
"gamaknya gitu ler"


"aih x nampak pulak artis-artis nye. kate ramei"
"tu ade. yang pegang kamera muncung tikus tu (DSLR). yang pakai topi orang men golf tu, yang laki rmbut panjang, yg tepi pkok, yg duk hisap rkok tu, yg itu, yg itu"
"tapi sorang pun x penah nampak muke nye, artis mane? yang pengantin pun x knal muka"
"semua tu kerja penulis ade, pelukis ade, tukang tangkap gambor ade, yg tulis buku ade, penerbit ade, editor pn ade, macam-mcam le ade"
....
"tu..tu..artis le tu"

Thursday, November 18, 2010

korbankanlah...

biarkan ia bebas
kemana saja yang ia mahu
jangan diikutkan rasa hati
biarkan saja ia berlalu pergi
pujuklah hati untk melepaskan
pergilah..berlarilah...
biarkan lembu kerbau itu bebas....

Monday, November 15, 2010

balik kampung lagi..

petang tadi gua bergerak balik dari shah alam ke rumah makbapak gua di pahang. gua sebenarnya nak bertolak pagi cadangnya. tapi semalam gua tidor pukul 4pagi. jadi memang agak berat untuk bangun awal jadinya. gua aim nak gerak dalam pukul 11pagi. dan gua terjaga pukul 10.56, kejadah la nak gerak pukul11 dengan segala barang tak berkemas bagai. gua relax. kemas2 barang gua. lepas tu siap mandi,pukul 12lebih gua gerak pergi makan. gua ingat petang sikit baru gua gerak balik.

lepas balik makan gua ingat nak gerak pukul2 pulak. kemas2 lagi sikit apa yang patut kat rumah gua tu. last-last gua gerak pukul3. kejad lambat. dah la panas masa gua keluar rumah tu. tapi ku sangka redup sampai ke petang, rupanya hujan di kuala lumpur. merengek kuda hitam gua sebab basah, tak putus-putus dia merungut "tu la dah tau petang hujan nak jugak gerak petang". tapi nasib baik dia tak meragam ajak berhenti tepi jalan.

kali ni gua rasa agak lama masa yang gua ambil untuk melengkapkan perjalanan gua sehingga ke depan pintu rumah. pukul 6 setengah petang baru gua sampai rumah. itu pun sebab gua banyak menghabiskan masa bersiar-siar di stesen-stesen minyak yang gua singgah behenti.

nasib baik gua tak join member gua yang konvoi 3,4,5 org balik ke temerloh. gua dengar cerita lima jam diaorang atas motor. lima jam tu dari shah alam gua dah boleh sampai kuantan dah, siap boleh behenti hisap rokok lagi. sebab tu gua lagi suka balik sorang-sorang. tapi kalau ajak nak konvoi dengan gua, gua ok je.
tapi tolong jangan bawak moto macam lu nak bersiar-siar kat highway, gua tinggalkan aje. gua tunggu dekat tol...

Wednesday, November 10, 2010

sekejap lagi..

petang tadi masa gua nak lepak-lepak kat luar rumah Lebet nak keluar pergi bank kejap. nak bank in kan duit untk sepupu dia. masa dia kat pintu pagar dia cakap kat gua "nanti mesej la jap lagi" sambil tunjuk telefon tangan dia. gua cuma anggukkan kepala tanda faham.

x sampai seminit lepas tu...

gua mesj dia. "bet, dah kejap dah"
dia balas "ha.ha. nak apa?"
Gua kata "takde apa. gua mesej sebab tadi lu kata nanti mesej jap lagi. gua ingat pesan lu"

dia x balas dah...

Thursday, November 4, 2010

konfius

tadi gua keluar pegi dinner dengan si Jimi dan Lebet. takde idea nak mkan kat mane. udah ny ke kedai yang sering jugak di kunjungi, restoran Ulek Mayang.(takde kaitan dengan drama kat tv3 tu) name sahaja begitu. kalau lu harap nak ada persembahan tarian ulek mrnghiburkan waktu makan sila pergi ke tempat lain.

seperti biasa servis kat situ memang tak mengecewakan. pelayan ok. masa yang di ambil untuk siapkan makanan pun ok. memang tak perlu menunggu lama. rasa pn ok, tak mengecewakan.

tapi satu yang gua konfius dan pelik..

nape teh o ais nya rase sirap..bro apa cerita ni bro.nak kira macam mana ni.

dan time bayar gua serba salah nak cakap tadi minum teh o ais ke sirap...kalau gua cakap air suam ok?..

Wednesday, November 3, 2010

menu hari ini

sape2 nak tlong masak hari ini..
menu ny hati masak kicap dan ulam jangtung pisang rebus..
ad yg nk join...