Sunday, June 26, 2011

kisah Cikgu Ali

watak: cikgu ali dan beberapa anak murid beliau.
tempat: sebuah kelas pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah di sebuah bandar.
waktu: selepas waktu rehat.

cikgu ali merupakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di sebuah bandar di ibu kota. cikgu ali juga merupakan guru mata pelajaran matematik bagi pelajar tingkatan3 di sekolah tersebut.

....

"aku menyampah betul dengan cikgu ali tu"
"kenape?"
"garang sangat. dalam kelas garang, masa lain pun garang"
"yela. tapi dia hensemkan."
"tau xpe. nasib baik la dia hensem"

....

kalau dah gitu gaye bunyi bentuk perbualannya. dah boleh tau la yang tu adalah perbualan antara pelajar berjantina perempuan. perempuan je yang guna perkataan 'menyampah'. lelaki tak guna perkataan menyampah. melainkan kalau spesis yang tak berapa nak jelas jantinanya tu.

....

"aku bengang betul la ngan cikgu ali tu"
"kenape?"
"garang nak mampus."
"memang pun. depan budak pompuan control hensem je"
"tau xpe. bajet hensem"

dan kalau gitu gaye bunyinya, dah tentu la jantinanya lelaki.

.....

dan di pintu belakang kelas, cikgu ali hanya memerhati. "korang bengang sebab budak2 perempuan tu suka kat aku."

Monday, June 20, 2011

gua nak muzik

hari ini..
tibe2 gua rase teringin nak main menatang alah ni



name dia cello. bnde ni main dia macam main violin. bezanya violin main letak kat bahu tapi bnde ni mainnya menegak macam dalam gambar tu la sebab saiz dia gedabak besar. takkan lu nak letak atas bahu gak. dan kadang2 boleh jugak main macam bass gitar.

tapi menatang ni mahal tahap gaban. makan ribu la. jadi gua rase gua nak tukar. gua nak try main violin je.

dan gua xnak la klau tibe2 jadi camni

Saturday, June 18, 2011

kereta dan si pengembalanya

pada suatu tengah hari satu hari sabtu. matahari rembang memancarkan cahaya dan bahangnya. angin aircond menderu masuk dari celah ruang jeriji-jeriji plastik dashboard. gua lepak santai di seat belakang dengan senaskah newspaper di tangan.

perodua kembara yang tadi damai dilhentikan di bahu jalan mula nak mengorak langkah kembali. kunci di masukkan ke tempatnya. enjin di-start. kaki kiri memijak klaj. tangan kiri menolak tombol gear.

"eh apsal x gerak ni? gear x masuk betul ke?"

"masuk gear pun x lepas. ape r.."

"senyap je. ke enjin mati?"

"x mati la. tu aircond ok tu..xkan x perasan bunyi enjin?"

"kete ni enjin senyap. mane nak perasan"

gua angkat kepala dari newspaper di tangan.
"start je la enjin tu. aircond memang la masuk, enjin mati dah tu. ape la, lu yang bawak kete xkan sampai x perasan enjin hidup ke x??."

pada suatu tengah hari satu hari sabtu. matahari rembang memancarkan cahaya dan bahangnya. angin aircond menderu masuk dari celah ruang jeriji-jeriji plastik dashboard. gua lepak santai di seat belakang dengan senaskah newspaper di tangan.

kereta mula bergerak. gua 'kentut' berdekah-dekah.

Friday, June 17, 2011

belakang parang

penah dengar pepatah ni..
"belakang parang kalau diasah lama2 akan tajam juga"
penah? xpenah?...

kalau dah bodoh, rajin belajar lame2 pandai jugak. macam tu la lebih kurang maksudnya...

tapi gua nak cakap...
kalau dah bangang paling kuat lu boleh pegi pun jadi bodoh.

. . . .

dah takde keje ke yang pergi asah belakang parang tu???

Thursday, June 16, 2011

Enak, sedap, lazat dan asyik

Suasana kelam. Tapi cukup indah. Di temani cahaya samar2 yang membangkitkan nafsu.

Ku usap-usap. Cukup menarik. Aku cium dari luar. Bau menusuk yang membangkitkan selera. Cukup asyik sekali. Baunya yang semerbak. Sudah lama aku tidak menikmati sesuatu yang seperti ini. Aku tak menunggu lama. Tangan aku tangkas memainkan peranan. Ku tanggalkan apa yang membaluti melindungi santapan yang bakal aku nikmati sebentar lagi. Dengan cekap aku perlakukan apa yang sepatutnya. Cukup membangkitkan nafsu. Cecair lendir ku rasakan mulai meleleh ke tangan.... ..Dan setelah aku memastikan semuanya telah sedia, aku dekatkan bibirku dengannya. Ingin aku nikmati sepuasnya. Nafsu yang terbendung sejak berhari-hari yang lepas meronta ingin di lampiaskan. Kalau sebelum ini aku hanya mampu melihat, malam ini akan aku nikmati sepuasnya. Akan aku kerjakan sepuasnya. Sungguh enak. Tiada kata-kata yang terucap di kala saat itu. Mulut hanya mampu mengeluarkan bunyi2 kecil. Dan di saaat asyik menikmatinya aku dikejutkan….

“makan kuinin malam-malam. Esok mula la sakit perut. Macam dah takde siang”

“alah bukan selalu. Banyak hari dah tengok kat pokok tu.”

Lantak lu lah. Nanti kalau dah sakit perut jangan nak terpekik terlolong dalam jamban tu. Nak merengek kat gua, nanti gua seligi-seligi kepala tu. dan kalau ye pun, apa salahnya kalau lu buka lampu. takat harap cahaya dari tv tu je, dengan tangan sebelah pegang pisau, klau jadi pape dah satu masalah lain pulak. ini bukannya macam makan popcorn sambil tengok movie...

Wednesday, June 15, 2011

berapa banyak hidup kau rugi

"rumah kau orang ade astro?"

"ada"

"ada"

"pukul 7mlm tengok chanel ape?"

"tv3"

"astro ria"

"cerita apa?"

"nora elena"

"cinta melody"

"apa yang kau orang dapat?"

. . . .

. . . . .



apa macam lu orang punya pemikiran nak maju. gua lain. gua layan chanel history. ch555. cerita apa? modern marvel.

bukan cerita pasal marvel comics

Tuesday, June 14, 2011

gambit dan gambir

baru2 ni kecoh perihal pasal si gambit saifullah yang jd pengarah satu klip video lagu ntah sape ntah penyanyi perempuannya tu, gua pun xtau sangat. tp gua tau la jugak yang ada dalam tu mamat si asmara,Shah Jazle tu. ramai gak la yang tak puas hati kat mamat gambit tu. dengar2 video klip tu macam lucah. gua pun x sempat nak tengok lagi. kalau ada yang nak kenal ngan mamat tu or tengok video dia tu pandai2 la lu orang google sendiri.

gua dari dulu lagi x puas hati ngan si gamit tu. gua pun xtau la nape. tapi dari awal dia start nk popular berlakon 2 gua memang x boleh blah betul tengok muka mamat tu. gua rasa muka macam mintak penyepak je.

dan gua tak puas hati macam mana la mamat tu boleh di ambil berlakon sebagai hero dalam citer karipap-karipap cinta. terus terang gua cakap, memang macam bangang. buku karipap2 cinta tu sikit la punya best. memang citer lawak versi indie tahap tinggi, itu adalah la-tahzan versi indie. tapi bagi gua kehadiran mamat tu memang dah merosakkan keadaan cerita asal.

tapi apa pun gua doakan yang terbaik la untuk mamat tu. bukan apa, sebelum ni gua dengar dia nak berhenti berlakon dah. memang gua sokong sangat la. lu berlakon pun bukan best sangat. muka pun xde la hensem mana. elok buat la kerja lain. jadi pengarah pun xpayah la gua rasa. buat rosak je.

dan jauh sekali kalau nak jadi macam ni

Monday, June 13, 2011

cuti sekolah dan simfoni kasihnya

semalam secara rasminya tamatlah cuti sekolah yang berlangsung selama dua minggu. gua dah lama tiggalkan zaman persekolahan dan tidak lagi merasai keistimewaan dan keseronokan bercuti sekolah. tapi satu perkara yang masih sama adalah cuti sekolah begitu sinonim dengan majlis kenduri kahwin. dari dulu sampai la sekarang, kalau cuti sekolah memang tak dapat lari dari majlis perkahwinan. tak banyak sikit, tak sikit berlambak-lambak. kalau pasal makan memang tak payah nak susah2 pikir time ni. pegi je kenduri, makan free xpayah nak pikir banyak.

...
..
...

argh..idea x datang..idea dah terbang..

hampeh....

patut semalam time terpikir tu terus je tulis nya...

ah lantak. tinggal je la...