Sunday, July 31, 2011

setahun sudah berlalu, Ramadhan muncul kembali..

"Hai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi bertaqwa." [2:183]

selamat menyambut ramadhan al-mubarak. ingatlah Puasa itu bukan takat tahan lapr dan dahaga je. Puasa itu untuk bersihkan ruh.

tbe2 gua ada weird feeling masa tarawih td. rasa macam puasa tahun ni pendek pulak.

..

Thursday, July 28, 2011

kekeliruan khamis

...

ada orang datang rumah naik EX5. gua kenal.
gua sambut di muka pintu.

"ni ada daging sikit. daging kuda"

daging kuda??

"daging apa?"

"daging muda ni"

0o..daging muda. "time kasih la"

orang tu pun balik. gua angkat tangan dari muka pintu. gua masuk membawa daging yang menjadi rezeki hari ini.

mamat depan tv tegur.
"daging apa? daging kuda?"

"daging muda" gua jawab.

"biar betul. xd la aku nk mkan daging kuda"

"daging muda la" gua jawab lebih tepat dan padu.


bukan salah gua la kalau silap dengar.
mane la plak nak dapat nya daging kuda kan...

..

Tuesday, July 26, 2011

makin hitam makin manis

petang tadi gua meredah kawasan jajahan serangga yang di kenali sebagai nyamuk untuk ke pokok manggis yang nun jauh di ceruk kawasan berdekatan satu kolam ikan yang dah hidup xnk mati pn xnk. kolam tu yg hidup xnk mati xnk, bukan ikannya. ikannya dah lama gua settlekan sehingga burung raja udang dan biawak yang mencari makan di situ menaruh dendam dengan gua kerana seinsang pun gua tak tinggalkan untuk mereka-mereka.

macam petang semalam jugak gua melangkah ke pokok manggis tu untuk mengambil hasil yang ada. tapi x meriah sangat pun hasil yang terhasil. dan di sebabkan masih di awal musim kematangan buah manggis bagi pokok tu. awal musim bagi pokok tu la. tempat lain gua xtau la awal musim ke dah nak hujung musim.

hari ni gua dapat kurang dari semalam. kalau semalam boleh la jugak untuk di bawak balik. tapi hari ni gua dapat dalam 3 biji je. semalam gua dapat dalam 7 je pun.

buah yang ada banyak la jugak. kalau buat melantak lepas makan nasi kenyang la. baru nak start masak sebenarnya. gua saja tengok2 xnak ada yang jadi mangsa tupai. kerana kalau nasi dah jadi bubur boleh di makan lagi, tapi jikalau sudah di tebuk tupai belum tentu jatuh ke tanah juga.




gambar ni gua saja letak nak bagi seri skit. bukan manggis yang gua dapat petang tadi. gua cilok kat google, gambar ni yg first kluar. macam perli gua pun ada.

Sunday, July 24, 2011

sebilah parang dan tulang 2 kerat

petang tadi gua melakukan satu aktiviti yang dah lama gua tak lakukan.

petang tadi ntah atas sebab dan alasan apa, berbekalkan sebilah parang di tangan gua keluar berkebun. ini bukan perumpamaan umpama berkebun menanam anggur bagi seorang penganggur. ini betul2.

berbekalkan sebilah parang di tangan yang digenggam kemas, gua melangkah keluar rumah. terus menuju ke lokasi side kerja gua untuk waktu itu. dan kerja pun bermula. parang di tangan yang digenggam erat dengan cekap diperlakukan seperti sebahagian dari anggota tubuh.

hayunan parang tajam terus menetak dan melibas seperti mana diperlakukan. sekelompok rimbunan pokok ubi kayu tua menjadi mangsa gua. walauapa pun terjadi, misi untuk waktu itu adalah memastikan rimbunan pokok ubi di-clear-kan supaya tidak mengganggu kawasan jiran sebelah. kedua-dua belah tangan cekap memainkan peranan melibas parang dan mengalihkan batang2 ubi yang putus ditetak. batang2 ubi yang hendak dibuang di kumpulkan setempat sebelum dialihkan.

berbekalkan pengetahuan dan pengalaman gua yang luas dan bertambah setiap hari, kerja gua selesai dalam kurang dari lima belas minit. batang2 pokok ubi kayu tua yang bersaiz keratan rentas 1cm-7cm selesai dikerjakan dan di pindahkan ke kawasan pembuangan. namun batang utama di tinggalkan paras pinggang untuk mengelakkan hakisan tanah berlaku di kawasan tersebut.

tetapi kerja masih belum selesai. satu misi lagi perlu dijalankan. gua melangkah ke side kerja seterusnya. rimbunan pohon buluh madu perlu di-trim untuk menggalakkan pertumbuhan rebung. seperti sebelumnya, tangan cekap menjalankan tugas. dan bengantung pada keadaan cuaca, insyaAllah minggu depan akan dapat hasil rebung madu tersebut.

kerja gua lebih pada kerja amal tanpa upah. tapi hujung bulan belum tentu gua x tuntut gaji sedikit sebanyak. tengok la dekat2 nak raya nanti camne.

Monday, July 18, 2011

berduri itu seksi

DURIAN. Juga di kenali sebagai deghian, duriang, dan durie. dah seminggu lebih gua rasa gua duk baham durian hari2. x banyak sikit, x sikit lebih la sikit. Bekalan durian kat rumah gua x pernah putus sejak seminggu lepas. Hari2 ada je. Gua rasa berak pun boleh bau durian agaknya. tapi bukan gua la.

Tapi yang gua x puas hati kalau hari jumaat. Ada jugak geng warga bukan remaja yang bangang (mintak maaf kasar ckit, tp masalah kalau cakap pkai ayat drama petang2 tu diorang buat xtau je) bantai makan durian sebelum solat jumaat tu. Gua x kisah la lu orang nak makan banyak mana pun. Tapi kalau time sembahyang tu lu sendawa, dia punya angin lu agak la bau dia macam mana. Memang macam haram. Boleh hilang kusyuk gua.

Ikut hati gua nak je blah terus. Mengenangkan gua duduk saf belakang imam susah sikit la. Kalau saf belakang2 senang je nak blah. Dah kalau saf belakang imam, lu orang bayang la berapa banyak line gua nak kene langkau nak sampai belakang. Time sembahyang jumaat sure saf pun banyak.

Dan kalau banyak geng yang makan durian tu boleh pulak ada yang balas sendawa. Ada yang berbunyi ada yang senyap je. Tapi kejap bau durian kampung, jap lagi datang angin kanan bau D24, deru angin belakang bawak bau power baik punyer. Dalam hati tok siak “haram jadah korang makan x ajak aku”

~~ gua tak cakap gua sembahyang belakang imam. saf belakang imam. Walau kat hujung-bawah-kipas-tepi-dinding-lepas-sembahyang-boleh-terus-sandar pun still kira saf belakang imam jugak. Kalau gua belakang imam, tok siak dengan tok bilal nak campak mana? Bawah pokok durian?



lu orang penah try yang ni. amacam? minat? ke x? ke....


Thursday, July 14, 2011

Ran and Running

Looking out at the road rushing under my wheels
Looking back at the years gone by like so many summer fields
In zero-five I was seventeen and running up the way
I don't know where I'm running now, just never turn away

Gotta do what you can just to keep your heart alive
Trying not to confuse it with what you do to survive
In zero-nine I was twenty-one and I think I found a road
I don't know when that road full of load

Looking out at the road rushing under my wheels
I don't know how to tell you all just how crazy this life feels
I look around for the friends that I used to know together through
Looking into their eyes I see them running too

And I'm just running along
Running on empty
Running blind
Running into the sun
But I'm running behind



inpired by a song in Forest Gump movie. (run forest,run) see it here or this
..........
"Life's like a box of choclates, you never know what your gonna get"








gua dah nk publish post ni tibe2 gua terperasan gua ad follower baru. member masa sekolah dulu. dan bagi balas jasa beliau yang mem-follow, gua follow la balik sebagai tanda terima kasih. macam budak2 muda sekarang ni ckap kat FB "i like u, u like la i blik"
blog dia banyak cerita pasal resepi n pasal anak dia. (ok jugak klau time gua rajin nk masak boleh gak gua sekodeng ap yg best)


...cukup 10 org follower nanti insyaAllah gua buat makan2.

Sunday, July 10, 2011

andainya...(puisi malas)

andai kata bulan itu jatuh...
pungguk tetap dalam kerinduan
sedangkan riba tenang dalam kegembiraan.

....

sudah pastilah kerana pungguk itu tak beriba
dan bulan juga pasti tak akan jatuh