Tuesday, July 26, 2011

makin hitam makin manis

petang tadi gua meredah kawasan jajahan serangga yang di kenali sebagai nyamuk untuk ke pokok manggis yang nun jauh di ceruk kawasan berdekatan satu kolam ikan yang dah hidup xnk mati pn xnk. kolam tu yg hidup xnk mati xnk, bukan ikannya. ikannya dah lama gua settlekan sehingga burung raja udang dan biawak yang mencari makan di situ menaruh dendam dengan gua kerana seinsang pun gua tak tinggalkan untuk mereka-mereka.

macam petang semalam jugak gua melangkah ke pokok manggis tu untuk mengambil hasil yang ada. tapi x meriah sangat pun hasil yang terhasil. dan di sebabkan masih di awal musim kematangan buah manggis bagi pokok tu. awal musim bagi pokok tu la. tempat lain gua xtau la awal musim ke dah nak hujung musim.

hari ni gua dapat kurang dari semalam. kalau semalam boleh la jugak untuk di bawak balik. tapi hari ni gua dapat dalam 3 biji je. semalam gua dapat dalam 7 je pun.

buah yang ada banyak la jugak. kalau buat melantak lepas makan nasi kenyang la. baru nak start masak sebenarnya. gua saja tengok2 xnak ada yang jadi mangsa tupai. kerana kalau nasi dah jadi bubur boleh di makan lagi, tapi jikalau sudah di tebuk tupai belum tentu jatuh ke tanah juga.




gambar ni gua saja letak nak bagi seri skit. bukan manggis yang gua dapat petang tadi. gua cilok kat google, gambar ni yg first kluar. macam perli gua pun ada.

1 comment:

  1. dah start gugur ke buah manggis?? ala... (knp la shah alam ni sekangkang kera je ngn cenor)

    ReplyDelete