Wednesday, September 21, 2011

kisah Cikgu II

Tapak perhimpunan sekolah itu lengang. Waktu persekolahan baru saja bermula. Para pelajar baru sahaja masuk ke kelas masing2 usai perhimpunan pagi sebentar tadi. Suasana di dalam sebuah kelas tingkatan tiga itu seperti awal pagi yang lain. Ada yang menyambung tidur, ada yang berbual kosong, ada yang sibuk menyalin menyiapkan kerja sekolah dan ada juga yang entah tak tahu berbuat apa.

Namun, di satu bahagian dalam kelas itu terlihat sekumpulan pelajar perempuan sibuk mmembincangkan sesuatu. Sesuatu yang berkaitan perkara yang disampaikan ketika perhimpunan sebentar tadi. Perihal berkaitan tentang seorang guru baru. Seorang guru sandaran, Cikgu Azri. Cikgu Azri merupakan cikgu sandaran yang akan mula bertugas di sekolah itu bermula hari ini. Ada yang mengutarakan tentang wajah cikgu Azri. Ada yang menyatakan tentang status cikgu muda tersebut, tentang umur. Adakah beliau sudah berkahwin? Adakah beliau akan mengajar di kelas itu? Ada juga yang membandingkan wajah cikgu Azri dan Cikgu Ali. Adakah cikgu Azri akan menyaingi kepopularan cikgu Ali? Biasalah perempuan pasti pelbagai perkara yang diperkatan. Dan ada juga beberapa pelajar lelaki yang diam namun turut memasang telinga.

Tiba2 guru muda yang menjadi topik hangat dari tadi itu melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Beliau terus menuju ke meja guru. Seisi kelas diam. Masing2 menanti apakah yang akan di perkatakan oleh cikgu tersebut. Namun yang tidur masih lagi mamai dari lena. Terdengar bisikan yang mungkin guru itu tersalah kelas. Kerana waktu pertama pagi itu adalah waktu mata pelajaran matematik. Waktu cikgu Ali. Dan tanpa sepatah kata pun, cikgu azri terus menulis “CIKGU AZRI” di papan tulis kelas. Lagak beliau tak ubah seperti Onizuka sensei dalam sebuah siri drama jepun.

Ayat pertama yang keluar dari mulut beliau,..

“saya cikgu Azri. Dan saya akan mengajar matematik untuk kelas ini menggantikan cikgu Ali”

Seisi kelas ada yang terkejut. Ada yang tersenyum. Ada yang kekal muka toya tak tau apa2. Pelbagai reaksi. Terdengar juga bisikan2 halus.

Tuesday, September 6, 2011

raya punya cerita

..

ada brader tanya gua

"amacam lu punya raya?"

"raya dah habis bro." gua jawab tenang

....

kalau nak gua cerita pasal raya. gua nak post macam post gua yang awal ramadhan hari tu.
gua rasa raya tahun ni pendek pulak.

..

Sunday, August 28, 2011

hari yang bahgia

...

cakap banyak x payah..
selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin.
moga di ampun segala kesalahan dan kesilapan.


..selamat hari raya..

....

(post malas)

Friday, August 26, 2011

di kala hampir waktu berbuka

.

time bulan puasa ni perkara paling wajib untuk kita tengok waktu petang ialah bazar ramadhan. merata-rata ada bazar ramadhan. dan dah tentu macam-macam ada kat bazar ramadhan. tak payah cerita pun mesti lu orang tau punya.

gua pun macam orang-orang lain jugak, selalu je pergi bazar ramadhan. terutama time gua study dulu. sebagai seorang yang berstatus student, bazar ramadhan dah tentu menjadi pilihan utama untuk mendapatkan juadah untuk berbuka puasa.

tapi...

tahun ni, setakat sehingga entry ni ditulis dan di-publish-kan, gua belum lagi bertandang ke mana-mana bazar ramadhan. ini bukan cerita tipu. bukan gua nak sembang. tapi pape pun gua bersyukur. paling kurang gua ada rekod gua sendiri.

lu orang? amacam?

..

Monday, August 22, 2011

puasa itu menahan diri...

petang semalam.

ada brader tanye gua...

"kau selalu tarawih kat mane? x nampak pun kat masjid?"

"kadang2 aku pegi jgak masjid skali dua. aku selalu tarawih kat surau dekat rumah." gua jawab malas.

"nape x datang masjid? masjid ramai, meriah sikit"

"masjid dah ramai, aku nak ramaikan surau tu pulak."

"tapi semalam rugi la kau x pergi masjid."

"knape?" gua tanya.

"makanan banyak betul. macam-macam ada. dari berbuka sampai ke moreh. kenyang betul makan."

"seronok la sape yang pergi" kata gua.

petang....
tapi kalau perbualan tu berlaku waktu malam lepas tarawih. mungkin gua akan kata
"takpe la, aku bagi peluang kat sape-sape yang memang pergi niat nak makan"

bulan puasa ni kena tahan lapar. ayat pun kena tahan jugak.