Saturday, October 30, 2010

ada apa dengan blog?

salam...entry ni mgkin pnjang ckit, gua bagi amaran awal2, klau rase buang masa baik blah sekarang. klau rasa banyak masa terluang tu boleh la teruskan pembacaan lu orang...

ntah bila gua x ingat secara tepat, tapi tak berapa nk lama la gak. ada yang tnya gua camne nk buat blog?..
gua nak terang secara detail memang makan masa dan buang masa pada yang nk tau. klau nk tau lu org ikut je step2 yang ada tu, dan dari masa ke semasa lu orang boleh la buat perubahan apa2 yang patut mengikut kesukaan lu orang...

tapi sebelum pape try tnya diri sendiri tu, untk ap lu nak tulis blog. untk suka-suka? untuk buat diari?, saja-saja ikut mood? untk buat duit?
macam2 lu orang boleh buat dengan blog ni. ikut suka pandai lu orang nak buat apa pun. gua tak kisah. klau tnya gua, gua pn tak tau nak jawab. mgkin gua akan jawab gua saja-saja je tulis. gua takde niat apa-apa pn. ada orang baca ke tak blog gua ni gua peduli apa. memang gua tak kisah...tapi akan da yang kata apa guna lu tulis blog klau takde orang nk baca kan, betul. tapi pape pn lu orang jawab la sendiri...

ada yang tnya pulak camne nak dapat idea untuk tulis entry-entry dalam blog ni?

pada gua idea tu terserah pada individu tu sendiri la. lu orang nk cerita pasal apa pn ikut suka lu orang. macam cerita kedai kopi, masalah dunia, masalah peribadi, masalah apa pn lu orang boleh cerita. tiada hakim tiada saksi. semua lu boleh cerita. cerita yang patut atau tak patut ikut suka lu orang. yang datang dengan dosa atau pahala lu orang tanggung sendiri. berani buat berani tanggung. berani kerana benar takut kerana salah. lu pikir la sendiri.

idea tu datang tak kira tempat dan waktu. mungkin masa nak tidur, mungkin msa lu orang dalam bilik termenung, tak kira la kat mana. semua tu atas pandai lu orang la nak olah macam mana. macam kata seorang bloger yang gua baca dia kata "lontarkan walau beracun, kongsikan walau hanya pada awan-awan". lu orang jangan kisah orang nk kata apa. manusia itu perbagai. mungkin ada yang setuju ada yang tidak. lu takkan mampu nak buat semua orang paham apa yang lu nak sampaikan. tak akan. walau sehebat mana pn lu orang, itu tetap yang pasti.

apa yang lu dapat kalau tulis blog?

tu pun lu orang kena tanya diri sendiri. mungkin kepuasan diri je, mungkin dapat buat duit, mungkin buat kawan. macam la, macam-macam ada! semuanya terserah pada lu orang la nak buat apa. rajin ke malas ke semua pada diri lu orang gak kan.sekarang zaman IT, zaman tanpa batas dalam teknologi maklumat ni. lu orang nak tau pasal apa sekali pn lu boleh dapat dalam internet. yang penting kena ada internet.

camne pulak nak jadi blog yang aktif dan dapat ramai follower?

gua pn tak tau nak jawab camne. gua punya blog ni pun bukan tentu ada orang yang baca pn. kat follower list tu pun ada satu je. tu pn member gua time sekolah dulu. entah sekarang ni dia baca ke tak blog ni pun gua tak tau.

yang boleh gua kata lu orang jangan mengharap sangat pada semua-semua tu. lu orang buat je. ramai penulis-penulis blog sedia ada pn masa awal-awal tulis blog takde nya diorang pikir tu semua. kalau popular tu kira rezki dan nasib tuah diorang la. lu nak dapat blog aktif lu orang kene rajin update blog. ada je idea nk tulis apa lu orang tulis je. macam gua cakap awal tadi, jngan kisah orang nak kata apa. tapi kene ingat. kuantiti kurang penting dari kualiti. kalau lu orang update sehari 3,4 kali pn tapi cerita macam haram tak guna gak. yang penting lu orang kene olah idea tu agak menarik untuk di baca. tak perlu panjang2 pn. kadang-kadang 4,5 baris pn orang baca dah tertarik.

klau nak ramai follower sampai beratus-ratus lu boleh la follow blog orang lain. boleh buat kawan dan kenalan baru. kongsi-kongsi idea. atau pun lu boleh iklankan blog lu kat pesbuk ke, twitter ke. InsyaALLAH akan ramai la follower tu nanti. pada gua pulak gua tak jadi follower kat bnyak blog pun. blog yang kat tepi tu pun gua bukan jadi follower, tapi blog yang ada kat tepi-tepi tu la blog yang selalu gua jengok walaupun masa gua tak update blog gua ni. pada gua klau lu daftar jadi follower kat banyak blog tapi lu jarang online dan jengok ke blog-blog tu tak guna gak. macam gua kata, ikut suka pandai lu orang la.

dah panjang dah entry gua ni. banyak lagi nak tulis rasanya. tapi kadang2 idea tu x datang pulak. gua plan nak tulis ni pn semalam. masa idea datang mencurah-curah ke ladang neuron otak gua. idea datang tiba-tiba boleh mengarut pnjang-panjang. klau datang dipaksa tu kurang sikit. cakap pun ngarut-ngarut je.

dah gua malas nak menaip plak. nasib la tu.

pape pn, macam gua kata. ikut suka pandai lu orang la.
chow...

Friday, October 22, 2010

kawalan rambut gugur..

petang itu seperti petang2 yang biasa2..petang2 yang lain.

tapi semangat rajin Azwandi Seroja menguruskan proses pencucian alat pengangkutan menjadi lain macam. kereta teman wanita beliau yang di tinggalkan di rumah menjadi subjek utama proses tersebut. hari yang sebelumnya juga beliau mencuci kereta terbabit. petang itu juga menyaksikan beliau meneruskan proses mencuci. habis segala bahagian luar dalam mendapat sentuhan pembersihan dari tangan beliau sambil ditemani lagu2 yang berkumandang dari corong radio sebagai halwa telinga.

rakan2 hanya menjadi pemerhati sambil berborak kosong. usai proses mencuci viva kaler blue itu beliau beralih pula pada motosikal model yamaha 135cc LC kepunyaan diri sendiri. beberapa minggu yang lepas beliau terbabit dalam satu kemalangan kecil semasa menaiki motosikal tersebut semasa ingin pergi menemui teman wanitanya, Si Bunga Seroja. pertembungan antara dua buah motosikal menyaksikan beliau mendapat luka2 sederhana dan perubahan warna ke atas motosikal beliau. dari hijau kepada hitam tanpa corak.

proses mencuci dimulakan dengan bancuhan syampu pantene menghasilkan buih2 putih yang semerbak. Jimi Zimin menegur "wangi ngat bau. pakai syampu rambut ek ko basuh"..Azwandi Seroja tersenyum seraya berkata "jimat sikit". bukan menjadi sesuatu yang pelik membasuh kereta atau motosikal menggunakan syampu rambut kerana bukan Azwandi Seroja yang memperkenalkan cara itu. telah banyak orang2 yang terdahulu melakukannya. proses pembasuhan di teruskan.

tidak lama kemudian ada yang berkata "Di, ko basuh pakai syampu jadi hitam dan bersinar la pasni" mungkin bersesuaian dengan motosikal beliau yang hitam tanpa corak itu.
sambil membaca label pada botol syampu beliau menjawab "bukan yang tu, ni hair fall control punye"

gua yang hanya menjadi pemerhati dari tadi~"kiranya lepas ni tak jatuh dah la, dah boleh control ye dak?"

petang itu seperti petang2 yang biasa2..petang2 yang lain.

Sunday, October 17, 2010

melayu jangan gaduh2, apa macam lu punya bagsa mau maju...

hari minggu lagi..
nape name hari minggu? oh silap..hujung minggu. maknenya hari ahad. ada juga yang kate hari minggu itu sabtu dan ahad, dan ada juga yang kate hari minggu itu jumaat dan sabtu,awal minggu pulak hari ape?..sape pulak yang tentukan mane awal dan mane hujung bagi minggu tu? ..tapi gua x kesah. pada gua hari minggu itu maknenya hari cuti, klau hujung minggu itu tidak ditakrifkan cuti maka tiada gunanya dia di katakan sebagai hujung. dah, bukan tu yang gua nk cerita kat cni..abaikan kalau tak patut, jngan pikir.

pagi semalam (tak berapa nak pagi gak la),gua mesej member gua nak ajak main pool malam nanti..."bro, main pool mlam esk?"
dia kate "okey, pkul berapa bro?"
gua kata "lewat skit dalam kul12 lebih"
lame lepas tu(mungkin selepas siap tulis karangan pada makwe tercinta dia balas) "jngan malam sngat, gua x than main air malam-malam"
~~~~
gua semak balik mesej tkut2 gua salah tulis, gua tulis main ke mandi tadi?...gua malas layan dia, trus gua gi mandi, gua rase masa main pool nant dengan bola2 dia sekali gua nak jolok masok lubang...

cerita lain...

member gua cerita..
"member bilik gua yang sorang ni dah jadi terlalu sibuk agaknya. super busy bak kate org putih..yang gua perasan dia ada kat rumah time hisap rokok, kalau ada bau rokok ada la dia, kalau tak..haram.
yang gua perasan, dia balik rumah, masuk bilik, hisap rokok, blah. gua rase dalam dua hari ni masa dia kat rumah x sampai sejam. gua syak dia ada bela hantu raya, tak pun dia tengah kaya. takpe...2,3 hari nanti ada la dia nyendeng2 kat gua, gua kaki kan aje..."
gua?..gua senyap je layan teh o ais sambil tengok MU seri 2 sama..esk pagi gua nak tengok ada tak berita penyokong MU mati sebab gaduh...

Monday, October 11, 2010

kembali..

huh..
dah lame meniggalkan blog ni...berpuasa katanya...tapi kebenarannya..?
bukan sengaja meninggalkan..bukan terpaksa dan bukan di paksa atau sewaktu dengannya..
pergi meninggalkan sementara bagi menuju mencari sesuatu yang hilang, mencari sesuatu yang pasti..arah tuju yang baru,mungkin....

masih dalam perjalanan sebetulnya, mungkin selepas ini ada perubahan. tidak banyak sedikit itu pasti. mengkala tiba masanya, usai segala yang utama, pasti akan kembali. kembali menulis jika pasti..moga berkesempatan...