Sunday, August 28, 2011

hari yang bahgia

...

cakap banyak x payah..
selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin.
moga di ampun segala kesalahan dan kesilapan.


..selamat hari raya..

....

(post malas)

Friday, August 26, 2011

di kala hampir waktu berbuka

.

time bulan puasa ni perkara paling wajib untuk kita tengok waktu petang ialah bazar ramadhan. merata-rata ada bazar ramadhan. dan dah tentu macam-macam ada kat bazar ramadhan. tak payah cerita pun mesti lu orang tau punya.

gua pun macam orang-orang lain jugak, selalu je pergi bazar ramadhan. terutama time gua study dulu. sebagai seorang yang berstatus student, bazar ramadhan dah tentu menjadi pilihan utama untuk mendapatkan juadah untuk berbuka puasa.

tapi...

tahun ni, setakat sehingga entry ni ditulis dan di-publish-kan, gua belum lagi bertandang ke mana-mana bazar ramadhan. ini bukan cerita tipu. bukan gua nak sembang. tapi pape pun gua bersyukur. paling kurang gua ada rekod gua sendiri.

lu orang? amacam?

..

Monday, August 22, 2011

puasa itu menahan diri...

petang semalam.

ada brader tanye gua...

"kau selalu tarawih kat mane? x nampak pun kat masjid?"

"kadang2 aku pegi jgak masjid skali dua. aku selalu tarawih kat surau dekat rumah." gua jawab malas.

"nape x datang masjid? masjid ramai, meriah sikit"

"masjid dah ramai, aku nak ramaikan surau tu pulak."

"tapi semalam rugi la kau x pergi masjid."

"knape?" gua tanya.

"makanan banyak betul. macam-macam ada. dari berbuka sampai ke moreh. kenyang betul makan."

"seronok la sape yang pergi" kata gua.

petang....
tapi kalau perbualan tu berlaku waktu malam lepas tarawih. mungkin gua akan kata
"takpe la, aku bagi peluang kat sape-sape yang memang pergi niat nak makan"

bulan puasa ni kena tahan lapar. ayat pun kena tahan jugak.

Tuesday, August 16, 2011

dah separuh

penah dengar benda ni

"a glass with half volume water in it. do you see a glass half full or half empty?"

well, bukan gua nak hurai pasal tu. gua just nak cakap dah kita dah separuh bulan puasa. dah kat tengah-tengah. cube lu orang pandang 15hari yang lepas, dan pandang 15hari akan datang.

amacam? apa dapat?

Friday, August 12, 2011

undang-undang mane lu nak ikut

dua hari lepas gua keluar bandar kejap. saje turun tngok kawasan sikit time bulan puasa ni macam mane.

gua park kereta depan satu kedai yang gua nak masuk cari barang sikit. gua turun kereta gua nampak ada polis 3orang lepak dekat satu restoran mamak hujung line kedai tu. gua usha tengok apa kes polis kat situ. gua syak ada kes x puasa kene tahan kot.

sebelum gua masuk kedai tu gua usha polis tu lagi. sorang polis dah usha gua balik. gua steady. gua tak goyang. gua aim betul-betul fokus pandangan mata gua pada geng polis tu. polis tu pun tetap usha muka gua lagi.

lepas tu gua masuk kedai sambil geleng kepala dalam hati. memang betul sangkaan gua. ada kes tak puasa. gua yakin dengan apa yang gua nampak. memang cukup jelas dan nyata.

selamba je teguk teh tarik yang dah separuh cawan dan pinggan roti canai yang dah selamat rotinya masuk perut.dalam hati gua...

"penat kot keje jadi polis ni sampai tak larat nak puasa. tengok muka pun masing-masing takde la muda lagi..."

..

Tuesday, August 9, 2011

selepas sahur

sepanjang bulan puasa ni, hingga ke hari ni, lepas sahur gua akan menonton siaran tv al-hijrah(astro 114). pukul 5setengah rancangan yang di siarkan adalah "law ka na bainana".

x perlulah gua nak ceritakan rancangan tu pasal apa. kalau nak tau pandai la tengok sendiri time sahur nanti. yang tak boleh tunggu tu gugel je la.

dan kebiasaannya lepas habis cite ni pukul 6 baru gua solat subuh.

tapi pagi tadi....

..

.


apsal dah ulang tunjuk episod satu balik?

Sunday, August 7, 2011

sebelum sahur

.

malam semalam gua masuk tido lebih kurang pukul dua pagi. gua dah mengantuk dari time terawih lagi, tapi gua tahan dan berjaya buang masa gua sampai la pukul 2.

time gua nak tido gua rasa mengantuk tu dah hilang. dah terbang. gua pejam mata. lama....
tapi lena tetap tak datang bertandang...

lama-lama gua rasa macam fikiran gua melayang. macam2 cite masuk dalam kepala gua. boleh buat skrip filem. perkara biasa la untuk menjemput lena itu datang dan bermesra. sambil tu gua try pelbagai posisi, juga untuk menjemput lena itu datang.

tibe-tibe gua dengar satu suara memanggil name gua. bunyi macam sayup-sayup je. panggilan kedua makin jelas. dan panggilan ketiga gua dengar betul di hujung kaki gua.
dan seterusnya...
"bangun. dah pukul 5 ni. bangun sahur"

rupa nya gua x tido sampai ke time sahur.
takpe la. at least gua xd miss makan sahur.

..

Thursday, August 4, 2011

Siapakah diri kita sebenarnya?

tajuk serius. lu orang nak serius ke x ikut suka la.

"Since Shaitan has been locked up, all what we are showing now is our true colours."

macam semua orang dah tau kan. xperlu nak cakap pun dah tau. klau bab hantu setan ni semua orang tau bulan puasa semuanya takde. dah kene tangkap n rantai masing2.
itu lah juga salah satu nikmat bulan puasa ni supaya semua umat Islam mampu beribadah tanpa ada godaan dan hasutan syaitan.
tapi ada jugak yang masih lagi berperangai seperti di hantui dan di hasuti syaitan.
masa ini lah untuk melihat siapa diri kita yang sebenarnya.
dan hati2 lah semua. inilah masanya makcik2 n pakcik2 nak tengok tengok perangai bakal menantu. pada yg bercinta,inilah masa nak tengok perangai pasangan masing2. pada yang mencari2 cinta, inilah masa nak tengok calon untuk di ambil kira. ini lah masanya. ini lah dia. (dah macam ceramah plak...)

tapi apa pun, persoalannya sekarang "siapakah diri kita sebenarnya?"

...

gua x suke betul klau pegi masjid ada budak2 main lari2 kat belakang. hilang kusyuk. bukan sebab teruja nak join kejar sama, gua tahan tangan nak bagi pelempang sekor2.
dan gua nak marah betul kalau pegi masjid selipar hilang. ni setan mane yang terlepas bulan puasa ni?

gua ingat nak tampal poster ni kat masjid esok.


Tuesday, August 2, 2011

persoalan tentang murtabak


..

petang tadi ada juadah murtabak untuk iftar kat rmah gua ni.

lu orang penah terpikir x, kenape masa bulan puasa orang nk beli murtabak berduyun-duyun berbaris? g la mane pn. mesti boleh nampak bnde camtu.

klau bulan lain pun ada jugak orang jual murtabak, tapi xde la nmpak meriah sangat kn.

..