Sunday, August 7, 2011

sebelum sahur

.

malam semalam gua masuk tido lebih kurang pukul dua pagi. gua dah mengantuk dari time terawih lagi, tapi gua tahan dan berjaya buang masa gua sampai la pukul 2.

time gua nak tido gua rasa mengantuk tu dah hilang. dah terbang. gua pejam mata. lama....
tapi lena tetap tak datang bertandang...

lama-lama gua rasa macam fikiran gua melayang. macam2 cite masuk dalam kepala gua. boleh buat skrip filem. perkara biasa la untuk menjemput lena itu datang dan bermesra. sambil tu gua try pelbagai posisi, juga untuk menjemput lena itu datang.

tibe-tibe gua dengar satu suara memanggil name gua. bunyi macam sayup-sayup je. panggilan kedua makin jelas. dan panggilan ketiga gua dengar betul di hujung kaki gua.
dan seterusnya...
"bangun. dah pukul 5 ni. bangun sahur"

rupa nya gua x tido sampai ke time sahur.
takpe la. at least gua xd miss makan sahur.

..

1 comment: