Wednesday, August 25, 2010

ramadhan yg dulu2

hr ni kra genap la 15hr blog gua ni berpuasa sempenanya bulan ramadhan tahun ini...sepanjang 15hr itu gua pergi berperang dengan diri sendiri, bukan sebab gua xd access ternet, tapi gua biar kan blog ini berpuasa, kerna gua sibuk dengan pelbagai ibadah lain, tp pesbuk gua aktive, gua berperang untuk tidak meletakkan sebarang post baru. tapi dalam pada itu idea untuk menulis datang mencurah-curah bagai rezki bulan ramadhan yg mulia. umpama setan2 yg di belenggu, gua persetankan itu semua, gua x update blog...

dulu masa gua sekolah time tu gua form5. kira super senior la kat sekolah gua 2. gua sekolah asrama seri. sekolah seri kalau kat pahang kira sekolah2 rancangan khas. khas yg macam mana gua pun x tau. xd pun geng2 OKU kat sekolah gua 2. yang terlebih upaya adalah. terlebih yg macam mana bukan itu yg gua nk kesah kan di sini kali ini.

time bulan puasa kat sekolah masa gua f5, biasa la sekolah asrama. makan pun kat dewan makan la. takdenya dapat nak mintak menu yg bukan2 ikt sedap selera mulut dan tekak masing yg berbau tu. apa yg tersedia itu lah yg menjadi santapan bersama. kalau ada yg berhajat jugak mintak la susahkan makbapak datang hantarkan apa yg di hajatkan ank mereka.

macam gua kadang2 bosan jugak hari2 berbuka nasi ni. kadang2 teringin jugak makan pizza atau sepageti walaupun zaman itu gua x berapa kenal sngat dengan menatangnya pizza itu. gua org kampung ok, tekak gua still menginginkan sambal petai, western2 ni gua x bape nak knal sangat, masa tu.
dan bagi memenuhi kebosanan makan nasi asrama gua pun menjalankan urusan MOU code of conduct dengan warden gua masa 2. geng2 gua memang rapat gak dengan warden 2...time dia nak kuar g bazar ramadhan (almaklumlah cikgu bujang,xd ny nk masak2) gua n Bro pun tegur r dia. gua nak suh dia belanja murtabak barang sekeping dua.

"g bazar ke cikgu" ayat lazim ni, sedangkan memang hr2 itu lah rutin cikgu 2.
"haah, nape?" sambil start enjin kereta.
"kirim murtabak sekeping dua" - Bro
"mlas saya. jom lah g sekali"

umpama si buta mendapat mata baru. nak ambil pucuk yg dicita wat ulam dapat sambal belacan sekali. maka hr itu dapat lah ke bazar ramadhan meninggalkan dewan makan asrama.

lepas pada itu banyak hari jugak gua dapat mengikuti ke bazar ramadhan. kalau gua x tegur pn kadang2 cikgu tu yg sibuk ajak. dan tidak dapat tidak ramai juga bibir2 mereka yg berkata2 di belakang tepi kiri dan kanan. kitorang wat x pelik je. yg untg geng gua jugak. ap lu org nk kesah. tapi 2 semua tak lama. bak kata org "penat berkokok nanti ayam tu kene sembelih jugak".

adalah kawan yg sibuk mengirim juadah berbuka dari bazar. gua x kesah. tolong je la belikan even xd upah barang seringgit dua. dan seperti mana cerita pn, mereka2 yg berkata itu juga menjadi antara pengirim2 nya. umpama muka selipar tat seng, putih di atas hitam di bawah..

dan banyak kali jugak gua berbuka dalam kereta sebab blik lmbat. dan banyak kali jugak gua ponteng jemaah magrib kat surau.
gua teringat pita kebab bazar itu. memang sedap tapi sekarang dah lm gua x pekena pita kebab even kat mane2 pn. hr2 nampak, dah x pelik..gua nak cri mkanan yg rare2 plak mcm nasi lemak Mok De dan daging goreng dendeng Mek. memang terbaik...


*# gua teringat curi buah kat dewan makan...

Thursday, August 12, 2010

doa dan harapan...

Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum,
Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;
Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku;
Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naim;

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi...

Harapan Ramadhan
by Man Bai & Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui

Dengan sempurna



Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu

Hingga tak terasa ku berada

Di bulan Ramadhan semula



Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya

Moga dapat ku lenturkan

Nafsu yang selalu membelenggu diri

Tiada henti-henti



Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah

Mengharungi segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan



Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatMu oh Tuhanku...

Ku tempuh jua

Tuesday, August 3, 2010

lompat si katak lompat

katak di bawah tempurung ketinggalan banyak perkara..
kerana di bawah itu sentiasa gelap. berbanding di atas kadang kala cerah, kadang kala mendung, kadang kala gelap. di atas perlu perubahan tetapi di bawah tetap tak berubah.
tapi di bawah ada untungnya juga kerna di bawah terlindug dari hujan.
jika menjadi katak lebih baik di bawah gelas. mampu mendengar dan melihat apa terjadi di luar. cuma tidak mampu berbuat satu apa pun...

Sunday, August 1, 2010

tgah demam..xd mood

tgah gua x shat ni jangan nk mintak bukan-bukan..
memang tak akan di layan...
gua akan senyap je..mls nak pkir pasal blog...