Friday, October 22, 2010

kawalan rambut gugur..

petang itu seperti petang2 yang biasa2..petang2 yang lain.

tapi semangat rajin Azwandi Seroja menguruskan proses pencucian alat pengangkutan menjadi lain macam. kereta teman wanita beliau yang di tinggalkan di rumah menjadi subjek utama proses tersebut. hari yang sebelumnya juga beliau mencuci kereta terbabit. petang itu juga menyaksikan beliau meneruskan proses mencuci. habis segala bahagian luar dalam mendapat sentuhan pembersihan dari tangan beliau sambil ditemani lagu2 yang berkumandang dari corong radio sebagai halwa telinga.

rakan2 hanya menjadi pemerhati sambil berborak kosong. usai proses mencuci viva kaler blue itu beliau beralih pula pada motosikal model yamaha 135cc LC kepunyaan diri sendiri. beberapa minggu yang lepas beliau terbabit dalam satu kemalangan kecil semasa menaiki motosikal tersebut semasa ingin pergi menemui teman wanitanya, Si Bunga Seroja. pertembungan antara dua buah motosikal menyaksikan beliau mendapat luka2 sederhana dan perubahan warna ke atas motosikal beliau. dari hijau kepada hitam tanpa corak.

proses mencuci dimulakan dengan bancuhan syampu pantene menghasilkan buih2 putih yang semerbak. Jimi Zimin menegur "wangi ngat bau. pakai syampu rambut ek ko basuh"..Azwandi Seroja tersenyum seraya berkata "jimat sikit". bukan menjadi sesuatu yang pelik membasuh kereta atau motosikal menggunakan syampu rambut kerana bukan Azwandi Seroja yang memperkenalkan cara itu. telah banyak orang2 yang terdahulu melakukannya. proses pembasuhan di teruskan.

tidak lama kemudian ada yang berkata "Di, ko basuh pakai syampu jadi hitam dan bersinar la pasni" mungkin bersesuaian dengan motosikal beliau yang hitam tanpa corak itu.
sambil membaca label pada botol syampu beliau menjawab "bukan yang tu, ni hair fall control punye"

gua yang hanya menjadi pemerhati dari tadi~"kiranya lepas ni tak jatuh dah la, dah boleh control ye dak?"

petang itu seperti petang2 yang biasa2..petang2 yang lain.

No comments:

Post a Comment