Wednesday, September 21, 2011

kisah Cikgu II

Tapak perhimpunan sekolah itu lengang. Waktu persekolahan baru saja bermula. Para pelajar baru sahaja masuk ke kelas masing2 usai perhimpunan pagi sebentar tadi. Suasana di dalam sebuah kelas tingkatan tiga itu seperti awal pagi yang lain. Ada yang menyambung tidur, ada yang berbual kosong, ada yang sibuk menyalin menyiapkan kerja sekolah dan ada juga yang entah tak tahu berbuat apa.

Namun, di satu bahagian dalam kelas itu terlihat sekumpulan pelajar perempuan sibuk mmembincangkan sesuatu. Sesuatu yang berkaitan perkara yang disampaikan ketika perhimpunan sebentar tadi. Perihal berkaitan tentang seorang guru baru. Seorang guru sandaran, Cikgu Azri. Cikgu Azri merupakan cikgu sandaran yang akan mula bertugas di sekolah itu bermula hari ini. Ada yang mengutarakan tentang wajah cikgu Azri. Ada yang menyatakan tentang status cikgu muda tersebut, tentang umur. Adakah beliau sudah berkahwin? Adakah beliau akan mengajar di kelas itu? Ada juga yang membandingkan wajah cikgu Azri dan Cikgu Ali. Adakah cikgu Azri akan menyaingi kepopularan cikgu Ali? Biasalah perempuan pasti pelbagai perkara yang diperkatan. Dan ada juga beberapa pelajar lelaki yang diam namun turut memasang telinga.

Tiba2 guru muda yang menjadi topik hangat dari tadi itu melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Beliau terus menuju ke meja guru. Seisi kelas diam. Masing2 menanti apakah yang akan di perkatakan oleh cikgu tersebut. Namun yang tidur masih lagi mamai dari lena. Terdengar bisikan yang mungkin guru itu tersalah kelas. Kerana waktu pertama pagi itu adalah waktu mata pelajaran matematik. Waktu cikgu Ali. Dan tanpa sepatah kata pun, cikgu azri terus menulis “CIKGU AZRI” di papan tulis kelas. Lagak beliau tak ubah seperti Onizuka sensei dalam sebuah siri drama jepun.

Ayat pertama yang keluar dari mulut beliau,..

“saya cikgu Azri. Dan saya akan mengajar matematik untuk kelas ini menggantikan cikgu Ali”

Seisi kelas ada yang terkejut. Ada yang tersenyum. Ada yang kekal muka toya tak tau apa2. Pelbagai reaksi. Terdengar juga bisikan2 halus.

No comments:

Post a Comment