Sunday, June 26, 2011

kisah Cikgu Ali

watak: cikgu ali dan beberapa anak murid beliau.
tempat: sebuah kelas pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah di sebuah bandar.
waktu: selepas waktu rehat.

cikgu ali merupakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di sebuah bandar di ibu kota. cikgu ali juga merupakan guru mata pelajaran matematik bagi pelajar tingkatan3 di sekolah tersebut.

....

"aku menyampah betul dengan cikgu ali tu"
"kenape?"
"garang sangat. dalam kelas garang, masa lain pun garang"
"yela. tapi dia hensemkan."
"tau xpe. nasib baik la dia hensem"

....

kalau dah gitu gaye bunyi bentuk perbualannya. dah boleh tau la yang tu adalah perbualan antara pelajar berjantina perempuan. perempuan je yang guna perkataan 'menyampah'. lelaki tak guna perkataan menyampah. melainkan kalau spesis yang tak berapa nak jelas jantinanya tu.

....

"aku bengang betul la ngan cikgu ali tu"
"kenape?"
"garang nak mampus."
"memang pun. depan budak pompuan control hensem je"
"tau xpe. bajet hensem"

dan kalau gitu gaye bunyinya, dah tentu la jantinanya lelaki.

.....

dan di pintu belakang kelas, cikgu ali hanya memerhati. "korang bengang sebab budak2 perempuan tu suka kat aku."

1 comment: