Sunday, July 24, 2011

sebilah parang dan tulang 2 kerat

petang tadi gua melakukan satu aktiviti yang dah lama gua tak lakukan.

petang tadi ntah atas sebab dan alasan apa, berbekalkan sebilah parang di tangan gua keluar berkebun. ini bukan perumpamaan umpama berkebun menanam anggur bagi seorang penganggur. ini betul2.

berbekalkan sebilah parang di tangan yang digenggam kemas, gua melangkah keluar rumah. terus menuju ke lokasi side kerja gua untuk waktu itu. dan kerja pun bermula. parang di tangan yang digenggam erat dengan cekap diperlakukan seperti sebahagian dari anggota tubuh.

hayunan parang tajam terus menetak dan melibas seperti mana diperlakukan. sekelompok rimbunan pokok ubi kayu tua menjadi mangsa gua. walauapa pun terjadi, misi untuk waktu itu adalah memastikan rimbunan pokok ubi di-clear-kan supaya tidak mengganggu kawasan jiran sebelah. kedua-dua belah tangan cekap memainkan peranan melibas parang dan mengalihkan batang2 ubi yang putus ditetak. batang2 ubi yang hendak dibuang di kumpulkan setempat sebelum dialihkan.

berbekalkan pengetahuan dan pengalaman gua yang luas dan bertambah setiap hari, kerja gua selesai dalam kurang dari lima belas minit. batang2 pokok ubi kayu tua yang bersaiz keratan rentas 1cm-7cm selesai dikerjakan dan di pindahkan ke kawasan pembuangan. namun batang utama di tinggalkan paras pinggang untuk mengelakkan hakisan tanah berlaku di kawasan tersebut.

tetapi kerja masih belum selesai. satu misi lagi perlu dijalankan. gua melangkah ke side kerja seterusnya. rimbunan pohon buluh madu perlu di-trim untuk menggalakkan pertumbuhan rebung. seperti sebelumnya, tangan cekap menjalankan tugas. dan bengantung pada keadaan cuaca, insyaAllah minggu depan akan dapat hasil rebung madu tersebut.

kerja gua lebih pada kerja amal tanpa upah. tapi hujung bulan belum tentu gua x tuntut gaji sedikit sebanyak. tengok la dekat2 nak raya nanti camne.

2 comments:

  1. pasni tebas kat umah kami pulak okeh...

    ReplyDelete
  2. nak tebas ap? tebas yang dalam pasu 2? bile campok ke sg?..

    ReplyDelete