Friday, February 26, 2010

tarikh keramat kekasih hati

hari ni maulidurrasul, 12 rabi'ul awal...

kalau kita ingat tarikh lahir seseorang yg kita sayg. mak ayah, adik beradik, kawan2, kekasih, buah hati. mungkinkah kita akan ingat tarikh 12rabi'ulawal jika tidak di tanda dengan cuti umum dalam kalendar?? tanyakan diri sendiri...

sama2lah kita berdoa. moga dalam rahmat kasih sayang-Nya. ( doa ni aku copy dari blog hlovate, harap dia x kisah)


Al-Fatihah


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagiMu ya Allah yang memberikan rahmah dan kasih sayang

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad SAW,sahabat dan keluarga baginda



Ya Allah,

Hidupkanlah kami dengan imaan

Dan matikanlah kami dengan imaan

Gerakkanlah kami di padang mahsyar dengan imaan

Masukkanlah kami ke syurgaMu dengan imaan

Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu kerana limpah rahmat kasih- sayangMu ya Rahman,kerana takkan mampu kami menebus syurgaMu hanya dengan amalan kami ya Allah.



Ya Allah,

Tetapkanlah kami beserta imaan

Dan keluarkanlah kami dari dunia bersama imaan

Tundukkan penggoda kepada kami[dari golongan jin] kepada imaan



Ya Allah,

Hindarkan kami dari bala dunia dan azab akhirat

Hindarkan kami dari azab sakaratulmaut,azab kubur,azab mahsyar dan azab Jahannam,ya Rahim

Semoga Kau mengampuni dosa kami dan dosa mereka

Moga kami tidak termasuk ke dalam golongan mereka yang diazab

Mohon ya Allah agar kami menjadi golongan yang mengingati mati

Mohon ya Allah agar hati-hati kami tidak diikat oleh leka dunia

Mohon ya Allah,kami termasuk di dalam golongan yang sentiasa mengambil pengajaran dari setiap kejadian ajal yang tiba

Dengan rahmatMu ya Allah Tuhan kami yang Maha Pengasih.


Ameen.

No comments:

Post a Comment