Friday, February 19, 2010

malasnya...

salam..
dah lama aku x wat entri dalam blog aku ni. rasa sepi je. rasa macam banyak bende nak di tulis kan tapi x taw nk tulis yg mana satu. kalau nk tulis semua 3hari 3malam pun x habis. sebab aku ni jenis meraban gak la kalau menulis.

semalam aku baru je memulangkan diri aku ke shah alam ni selepas bercuti ke utara tanah air ini. aku ke kg pangkalan hulu di gerik perak mengikut rumate aku ke rumah sedaranya kerana sepupunya ada yg melangsungkan pertunangan. umur baru setahun jagung ada ati bertunang juga. biarlah asalkan dirinya bahagia.

dah lama aku x merasa duduk dikampung yg aman damai seperti itu. semuanya rasa berbeda. kata org lari dari kesibukan kota. memang rasa terlepas dari kesibukan yg menyesakkan. agak seronok di situ. makan amat mengenyangkan perut yg di besarkan umpama lembu. maklumlah makan di rumah org. setiap kali pinggan tinggal seciput kandungannya pasti nasi tmbah akan dihulurkan. dari kanan, kiri, depan. untuk berhenti menyuap pun pasti setelah puas menepis kiri dan kanan. cuma 2hari membolehkan berat badan bertambah sebanyak 2kilo. kalaulah aku tinggal di situ untuk 2minggu mungkin setelah pulang nanti ada yg tidak mengenali diri ini.

alangkah indah duduk di pangkin bawah pohon rambutan yg rendang walaupun kipas yg berputar tidak dirasakan anginnya yg bertiup. diri dibuai rasa mengantuk yg indah dan permai itu. namun kini aku dah kat shah alam. rasa macam...ampes
*******************

No comments:

Post a Comment