Monday, February 1, 2010

ulu yam dan thaipusam

Akhirnya selepas 4 minggu, selepas 3 kali weekend, weekend yg ke4 ni gua g jugak ulu yam setelah hanya sekadar di cakap-cakapkan pada setiap weekend sebelum ni. Sama tarikh dengan hari yg gua g ulu yam untuk tahun lepas. Hari thaipusam. Thaipusam tahun ni jatuh pada 30-01-2010.

Masa gua gi ulu yam yg 1rst utuk tahun lepas masa 2 pun hari thaipusam. Jalan kat batu cave 2 memang sesak gila. Kalau tahun lepas gua rsa xde la sesak sgt org. padahal gua pegi timing pun lebih kurang macam tahun lepas gak. Xd la awal sgt. Tapi kali ni memang sesak gila. Ramai betul org. Sebelum gerak 2 member gua ada kata nak tgk thaipusam sebab dia x pernah tgok. Ha ambik ko tgok la puas2. memang terpaksa tengok sebab memang xleh nak lalu. lama gak la gua kat area dorang wat kavadi 2 sebab ramai org. Nak gerak pun susah. Ramai jgak yg datang tgok. Melayu ada, cina ada, India ramai, mat salleh pun ada.

Gua cite r sikit pasal thaipusam….Dah lebih dua abad dah thaipusam di sambut kat mesia ni. Perayaan yg sinonim dengan dewa murugan 2 mula kat mesia bila ada pedagang India, K. Thamboosami Pillai nak buat kuil untuk dewa murugan 2 kat Mesia. Pillai telah pilih satu gua batu kapur yg terletak kat batu cave untuk buat kuil 2. kuil 2 siap dalam setahun. Masa 1892, Pillai mengadakan perayaan Thaipusam kat batu cave. Amalan 2 terus la kekal sampai hari ni.

Ni pulak info kavadi:
1. kavadi adalah alat untk membawa barang2 upacara keagamaan.
2. penganut hindu yg pikul kavadi akn membersihkan diri di sungai kat kaki bukit or anak air dekat kuil.
3. pemikul kavadi akan curahkan susu yg d bawak atas kavadi ke atas tombak kat kuil.
4. amalan pecahkan kelapa adalah untuk memohon rahmat dewa murugan.
5. amalan cukur kepala lak sebagai symbol kemanusiaan sejagat dan menebus kesalahan.
6. bagi memikul kavadi, sorang 2 perlu diet sayuran selama 40hari dan juga perlu meinggalkan semua aktiviti kehidupan dan lebih byk sembahyang serta bertafakur.

Lebih kurang dekat 45minit gak la gua kat situ. Bukan sebab saja nak bhnti tgok. Tapi xleh jalan sebab sesak. Nasib baik bawak moto. Gua follow belakang brader polis yg sibuk nk gi mane ntah. polis yg kene turun ramai, dari seremban pun ada, tapi yg jaga jalan gua rasa ada la dekat separuh je. Dah lepas bersusah sesak nak lalu kat area 2 gua pun terus r ke destinasi tujuan. Behnti beli lunch kat taman selayang baru fasa 2A.

Sampai kat ulu yam gua lepak kat port biasa. Yg ada signboard “bahaya! dilarang mandi” sampai je terus masing2 nak cepat2 terjun. Gua pun nak cepat gak sebab nak sejukkan badan sikit sebab masa jem tadi memang panas. Dah lepas 2,3 kali terjunan masing2 cari makan pulak. Nak isi perut. Memang best lepak makan atas batu sambil kaki rendam dalan air. Tgah2 makan nampak pulak ikan dkat dengan kaki. Sebelum ni gua xd pun pernah nampk ikan kat port 2. ingatkan 2,3 ekor je. Makin lama makin byk pulak. Campak nasi dalam air 2 lagi byk ikan kuar. Main2 kat kaki je. Dah macam fish spa pun ada. Sapa sangka kat tempat air terjun boleh ada fish spa.

Lepas masing2 kenyang, sambung main air. Memang kerja buat stunt je. Lompat dari tmpat tinggi, macam2 gaya ada. Kul 4 kitorang siap2 gerak balik. Lama gak la main air. Memang puas hati gua gi kali ni. tapi seperti biasa kalau ke mana2 air terjun, gua pasti akan membawa pulang parut luka. Terlebih lasak la ni..ish,ish,ish...

#* perjalanan geng gua kali ni xd la byk sgt rintngan macam 1rst tahun lepas. Jalan balik pun senang, lancar dan laju je. Gua rasa pas ni akan ada lagi trip susulan. Gua on je. Dari gua ikut g jalan ntah mane2 buat habis duit, baik gua gi lepak air terjun. Gua habis rm10 je tadi untuk duit myak n mkan. Berbaloi-baloi.

1 comment: