Wednesday, September 1, 2010

bukan raya kalau..

mpama musim demam, kerana hari raya akan ada petanda kemunculannya. macam2 senario boleh kita saksikan khususnya pada hari2 terakhir menjelang hari raya. kalau takde benda2 ni mknenya bukan rayalah namanya.



kalau 1

takde berita pasal mangsa mercun buatan sendiri di hospital atau penumpang terkandas kerana ulat tiket di stesen2 bas.

"eleh setakat bebalut cikit2 ni biasa la" - mangsa putus jari

"mari, tiket! tiket! beli 2 dapat 1 free. murah-murah!" - ulat2 tiket.



kalau 2

takde ucapan raya dari kaki tangan rangkain televisyen, selebriti2 atau pelajar2 di luar negeri.

"ucapan ini saya tujukan pada hamster saya di malaysia..dari saya ismail dari zimbabwe" - pelajar oversea



kalau 3

di tepi-tepi highway tiada penjual lemang walaupun di kawasan larangan untuk berbuat demikian.

"eh? sukati aku la nak jual kat mana pun"- penjual lemang.



kalau 4

pusat beli belah sunyi tanpa lagu raya dan tak mengadakan jualan murah tapi beli mahal.

"sambil anda membeli belah mari kite berhibur,..dendang perantau..lalalal..."- dj pasaraya.



kalau 5

harga telur, daging, ayam turun mendadak di pasaran kerana tidak mendapat permintaan.

"bekalan ayam daging negara untuk hari raya ini dijangka cukup dengan kadar seorang 3 ekor ayam" - menteri berkenaan.



kalau 6

takde ops sikap yg ke ntah berapa2 ntah atau jalan2 raya lengang untuk mat2 rempit buat litar.

"kemalangan jalan raya dapat kita kurangkan jika penguna jalan raya ada motivasi diri dan mat rempit ada litar sendiri" - ketua polis negara.



kalau 7

takde budak2 datang bertandang ke rumah pagi2 semata2 untuk makan kuih atau minum air.

"xpe la mkck xyah susah2 buat air or jemput masuk, kami nk duit raya je" - budak2 zaman sekarang.



kalau 8

takde kaki tangan kerajaan yang dapat bonus atau cuti panjang.

"tahun ini kerajaan akan memberikan bonus rm500 kepada semua penjawat awam" - menteri berkenaan jugak.



kalau 9

takde laki bini yang bergaduh nak balik kampung mana walhal time lain cuti sebulan pun sibuk ke pusat peranginan.

"akak rasa kita balik raya mane tahun ni?" - si adik

"mesti belah mak lagi kalau x kita kene makan luar sebulan la pas raya ni" - si kakak.



kalau 10

takde yang datang bertandang ke tanah perkuburan beramai2 seperti orang ke pesta air.

"mengapa saudara menangis di kubur ibu saya" - waris



kalau 11

lu org tambah la sendiri...

No comments:

Post a Comment