Monday, May 23, 2011

kembali menghadap alam

salam..
lama gak gua tinggalkan aktiviti memblog ni..nak buat camne dah sesak. bukan sesak duit. sesak line internet. slalu x dapat nk post-kan ap yg telah terkarang. sekarang ni gua sedang enak bercuti di kampung. baru sampai petang semalam. so ada la kelapangan masa dan kelapangan line ternet nk di-post-kan sesuatu untuk blog ini.
and malas nak merapu panjang2. ua straight ke agenda tajuk gua tu.

baru2 ni gua sempat menjejakkan kaki ke satu kawasan hutan simpan untuk ber-rekreasi bersama kawan-kawan rumah gua. dah lama sebenarnya gua tak dapat nak buat aktiviti macam tu sebab agak sibuk sikit. kalau tahun-tahun lepas gua selalu gak lepak air terjun ni.

dan baru ini gua jejak kaki ke hutan lipur sungai kanching. terletek dekat area selayang-rawang. memang satu tempat yang menarik. kawasan air terjun yg terjaga. sampah2 pn ada pekerja yg kutip. so agak berbaloi dengan bayaran masuk RM1 untuk sekepala dan RM2 untuk sebuah kereta. dan dekat parking 2 lu orang akan rasa macam lepak kat taman tasik. tapi bila lepas pintu gerbang 2 lu orang akan tiba2 rasa masuk hutan on da spot. macam pintu doraemon pn ada.

gua rasa kawasan ni memang best. ada 7 tingkat air terjun. kawasannya pun tidak jauh dari kawasan parking. tapi sape-sape yang datang kena rajin kn la jugak kaki untuk usaha sampai ke tingkat2 atas yang best untuk mandi-manda. and beware jugak ngan kawanan monyet2 liar yang da kat situ. tidak lah terlalu liar sebenarnya sebab korang boleh bagi makan kat diorang(diekor sebenarnya).

kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung yang datang adalah di tingkat-3. pihak berkenaan telah menyediakan fasiliti untuk kemudahan pengunjung di situ. tapi masa gua pergi itu hari gua lepak kat tingkat5. memang best. gambar takde sebab yg snap hari 2 kamera member gua je. dan pada sape-sape yg rajin nak naik atas lagi dalam hutan 2 boleh la menjejak ke sumber air 2. boleh la tengok kat mana air terjun 2 bermula. masa gua lepak hari 2 ada la dalam 4,5org mat saleh naik sampai atas. gua x sempat nak naik sebab member gua dah bising penat tinggi sangat nak kene daki ke atas 2. gua sempat sampai tingkat-7 je.

geng2 gua lepak makan tengahari kat situ.(xd la tengahari sangat, kul4 dah time tu)
pas makan sesi mandi-manda. dan memang best kat situ. sempat jugak sekodeng couple2 dalam cubaan membuat onar. tapi x sempat nmpk apa da sebab diorang dah cabut lu lepas dengar bunyi babi hutan yg datang dari mulut member gua.

ntah bila pulak gua sempat ke sana lagi ataupun ke lokasi air terjun lain.
untuk lokasi ni gua bagi tahap 'A+'. lepas ni gua nak jejak yg tahap A++ plak. bile? ntah...

No comments:

Post a Comment