Friday, May 27, 2011

insuran

gua bukan nak citer pasal pakej insuran ke ape. gua bukan jugak nak jadi agen jual insuran. tapi apa gua nak tulis ada kaitan la gak ngan perihal insuran ni.

semalam gua ke bandar. bandar apa x perlu la gua nak nyatakan di sini, tak penting pun. tujuan gua ke bandar petang semalam(ye, gua keluar ke bandar semalam pada waktu petang) adalah untuk membayar insuran motor gua yang dah nak tamat tempoh tu. gua pun gerak la dari rumah dalam pukul3, tepat ke tak gua confirm tak. dalam pukul 3lbih2 jugak la.

sampai kat bandar gua straight menuju ke kedai insuran yang kedudukannya agak terceruk jugak la. memang terceruk tapi kedai ni dah ada berzaman dah. since gua kecik lagi. dan menurut sumber yang boleh dipercayai cina tokey insuran tu pun dah kaya raya sekarang ni. memang kaya la. orang yang jadi ajen insuran pun boleh wat side income yang masyuk, ini kan pulak yang dah berzaman jadi ajen.

gua masuk kedai tu. gua buat muka selamber macam biasa2. ada sorang antie dan sorang lagi nak kate amoi bukan nyonya pun bukan. gua pergi kat meja antie tu. gua cakap nak buat insuran motor. gua bagi resit insuran tahun lepas punyer. antie tu tanya nak buat beli berapa ribu. gua cakap sama macam atas kertas tu la, "3ribu". dia kata "ok,saya bagi MAA aa" gua balas "ok".

lepas tu antie tu suruh tunggu. dia kata dia hantar ke MAA punya ajen, nanti dah setel tunggu fax. gua jawab sama jugak "ok".

gua tunggu. sekejap...gua pandang keliling. dalam hati gua senyap.
gua tunggu. dua kejap..gua tengok2 kalau ada bahan bacaan nak di baca. tapi semua paper cina je yang ada.
gua tunggu. tiga kejap...x setel lagi.

lama lepas tu. ada la dalam dekat setengah jam lebih gua dah letih pandang2 keliling, main sengih2 ngan antie tu. antie tu call semula itu MAA punya ajen. lepas tu dia cakap ngan gua "alo adik,awak datang esok boleh?"
gua tanya "kenapa?"
"server down"

gua nak marah dan tergelak dalam satu masa. lu org cina pun tengok maharaja lawak ke. gua just kata "esok gua datang".

gua keluar kedai gua terajang anjing tepi jalan. gua syak itu ajen MAA mesti kaki tengok tv. "ini mesti kaki tengok tv ni..."

Tuesday, May 24, 2011

sape lagi gua nak hentak ni..

gua bukak pesbuk...
gua hentak laptop.

gua bukak gugel..
gua hentak laptop.

gua bukak u-tube...
gua hentak laptop.

gua bukak blog-blog orang...
gua hentak laptop.

gua bukak blog gua ni...
gua tulis post ni..
pastu..

gua hentak laptop

bukan gua x puas hati kat pesbuk. bukan gua bengang ngan gugel. bukan gua tak reti pasal u-tube. bukan laptop gua buat hal....
gua sebenarnya..

.....
..
.

gua bosan tak tau nak buat apa?..

Monday, May 23, 2011

kembali menghadap alam

salam..
lama gak gua tinggalkan aktiviti memblog ni..nak buat camne dah sesak. bukan sesak duit. sesak line internet. slalu x dapat nk post-kan ap yg telah terkarang. sekarang ni gua sedang enak bercuti di kampung. baru sampai petang semalam. so ada la kelapangan masa dan kelapangan line ternet nk di-post-kan sesuatu untuk blog ini.
and malas nak merapu panjang2. ua straight ke agenda tajuk gua tu.

baru2 ni gua sempat menjejakkan kaki ke satu kawasan hutan simpan untuk ber-rekreasi bersama kawan-kawan rumah gua. dah lama sebenarnya gua tak dapat nak buat aktiviti macam tu sebab agak sibuk sikit. kalau tahun-tahun lepas gua selalu gak lepak air terjun ni.

dan baru ini gua jejak kaki ke hutan lipur sungai kanching. terletek dekat area selayang-rawang. memang satu tempat yang menarik. kawasan air terjun yg terjaga. sampah2 pn ada pekerja yg kutip. so agak berbaloi dengan bayaran masuk RM1 untuk sekepala dan RM2 untuk sebuah kereta. dan dekat parking 2 lu orang akan rasa macam lepak kat taman tasik. tapi bila lepas pintu gerbang 2 lu orang akan tiba2 rasa masuk hutan on da spot. macam pintu doraemon pn ada.

gua rasa kawasan ni memang best. ada 7 tingkat air terjun. kawasannya pun tidak jauh dari kawasan parking. tapi sape-sape yang datang kena rajin kn la jugak kaki untuk usaha sampai ke tingkat2 atas yang best untuk mandi-manda. and beware jugak ngan kawanan monyet2 liar yang da kat situ. tidak lah terlalu liar sebenarnya sebab korang boleh bagi makan kat diorang(diekor sebenarnya).

kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung yang datang adalah di tingkat-3. pihak berkenaan telah menyediakan fasiliti untuk kemudahan pengunjung di situ. tapi masa gua pergi itu hari gua lepak kat tingkat5. memang best. gambar takde sebab yg snap hari 2 kamera member gua je. dan pada sape-sape yg rajin nak naik atas lagi dalam hutan 2 boleh la menjejak ke sumber air 2. boleh la tengok kat mana air terjun 2 bermula. masa gua lepak hari 2 ada la dalam 4,5org mat saleh naik sampai atas. gua x sempat nak naik sebab member gua dah bising penat tinggi sangat nak kene daki ke atas 2. gua sempat sampai tingkat-7 je.

geng2 gua lepak makan tengahari kat situ.(xd la tengahari sangat, kul4 dah time tu)
pas makan sesi mandi-manda. dan memang best kat situ. sempat jugak sekodeng couple2 dalam cubaan membuat onar. tapi x sempat nmpk apa da sebab diorang dah cabut lu lepas dengar bunyi babi hutan yg datang dari mulut member gua.

ntah bila pulak gua sempat ke sana lagi ataupun ke lokasi air terjun lain.
untuk lokasi ni gua bagi tahap 'A+'. lepas ni gua nak jejak yg tahap A++ plak. bile? ntah...