Tuesday, December 28, 2010

perlu hapdet

dah banyak kali gua ingat nk baik pulih blog ni. nak antar kat bahagian maintenance tapi takde yg nk ambik. gua nk buat sendiri bukan kadang2 malas. bukan apa, time gua ada idea selalu gua tak dapat nk access ternet or ternet buat tak puas hati dengan gua. dan time gua bosan2 dalam guna ternet idea2 bernas itu tak datang berkunjung, lari entah ke mana.

gua ingat malam ni boleh la gua koyak rabakkan blog ni dan tampal balik apa yang patut.

~~~~~~~~~~

~~~~~

~~~

~


.....ah nanti la gua buat. gua bukan malas, rajin gua dah terbang.

tengok la tahun baru nanti macam mana...

Sunday, December 26, 2010

cerite review

ini cite pasal sebuah filem...

bukan kali pertama sebenarnya gua men-review-kan tentang sebuah filem. dah banyak sebelum2 ini. tapi ini adalah yang pertama untuk blog ini. dan memberi penghormatan kepada cite oleh mamat khalid. bukan. gua bukan nak cite pasal hantu kak limah balik rumah. dah banyak blog yg review pasal cite 2. ni gua nak cakap pasal zombi kampung pisang. "cer cite. cer cite"

entah sebab apa, gua rasa setiap kali gua cuti je dalam tempoh waktu cuti itu gua pasti akan menonotn zombi kampung pisang. tak kire la masa cuti raya, cuti sekolah atau pun cuti sem, asal ada cuti panjang sikit pasti akan ada cite zombi kampung pisang. dan yang menjadi satu hal yang pelik, setiap kali ada cite zombi kampung pisang di kaca tv (tak kire la kat astro or tv biasa) pasti dekat2 time anak2 sedara aku yang kat perak tu nak balik. dan deme tu memang minat sangat kat cite zombi yang satu tu. sampai kan boleh kata bile ada je cite zombi kampung pisang, aku dan abang aku yg duduk rumah mak ayah aku ni akan kata ni diaorang nak balik r ni. aku pun pelik. tapi itu yang jadi, asal deme tu nak balik je pasti akan ada cite tu sehari atau dua hari sebelum itu. apa kaitan ntah. mungkin sebab dorang duk perak dan cite zombi itu pun berlangsung dengan latar belakang di sebuah kampung di perak. bak kata Husin "dahsyat giler ler"

boleh kata gua memang respek pasal cite ni. cite ni boleh masuk bawah kategori komedi P Ramlee. tak bosan untuk ditonton walau untuk beberapa kali sekali pun. berbeza dengan cerite-cerite komedi melayu yang lain, sekali tengok boleh, dua kali ok, tiga pat lima kali, mintak maap. kirim salam awal-awal. "for ever and forever..until when-when"

bukan nak kata gua suka sangat atau pun obses dengan cerite ni, tapi macam gua kata cerite ni tak bosan untuk ditonton berpuluh-puluh kali sekali pun. "gua rock..gua ok"

cerite yang simple, jalan cite yang mudah, dan banyak mesej-mesej yang berguna. dan juga tak dinafikan cerita ini banyak dipengaruhi oleh cerite-cerite P Ramlee. Mamat khalid memang bijak melemparkan cerite yang menarik bagi tontonan umum dari kaca mata beliau mengikut kreativiti beliau. "diorang ni rockers terer punya..budak lembah keramat"

gua malas nak cerite banyak pasal cite tu sebab macam gua kata awal tadi, cite ni banyak kali dah tayang kat tv-tv kat malaysia ni, so cite banyak pun tak gune. nak tau lu orang tengok sendiri la. "zomba zomba..zombi..dasar lidah pendek"

..lepas ni gua nak layan cite Rock. cite dari Mamat Khalid tahun 2005. cite ni dulu gua layan kat panggung time square. sape-sape tengok cite ni gua kompem lepas tengok lu orang terus nak pergi karaoke tak pun terus nak donlod lagu-lagu rock dulu-dulu tu.

chow..

Wednesday, December 1, 2010

perjalanan...

....

esok gua akan berangkat ke negeri kedah. menjelajahi negeri jelapang padi malaysia. tak tau la macam mana perjalanannya nanti dan apa yang akan gua lakukan di sana. moga-moga dapat sesuatu yg menarik. doakan perjalanan gua selamat segala..

ada sape2 nk kirim barang??

Monday, November 22, 2010

bile cuti sekolah gua ada di kampung

bile time cuti sekolah je perkara yang paling rutin sekali mesti ada kenduri. terutama time cuti sekolah hujung tahun. mesti banyak kenduri punye. kadang-kadang sampai sehari tiga buah rumah sekali. orang kampung dah tentu pakat-pakat gotong royong buat kerja sama-sama. biasa la duk kampung. kalau kat bandor-bandor tu jangan kata nak gotong royong, jiran sebelah rumah tunjuk muka pun tidak.

###

minggu lepas rumah Ramli Senapang kenduri. kahwinkan anaknya yang perempuan tu. meriah jugak nampaknya. ramai jugak orang datang. yang datang naik motor, naik kereta, van, mpv, macam-macam la ade. berderet-deret la kereta parking kat tepi-tepi jalan tu.

"dengornye anok dia tu kawin artis ye"
"dengornye gitu ler"
"ramai la kawan-kawan artis yang datangnye esok yek"
"gamaknya gitu ler"


"aih x nampak pulak artis-artis nye. kate ramei"
"tu ade. yang pegang kamera muncung tikus tu (DSLR). yang pakai topi orang men golf tu, yang laki rmbut panjang, yg tepi pkok, yg duk hisap rkok tu, yg itu, yg itu"
"tapi sorang pun x penah nampak muke nye, artis mane? yang pengantin pun x knal muka"
"semua tu kerja penulis ade, pelukis ade, tukang tangkap gambor ade, yg tulis buku ade, penerbit ade, editor pn ade, macam-mcam le ade"
....
"tu..tu..artis le tu"

Thursday, November 18, 2010

korbankanlah...

biarkan ia bebas
kemana saja yang ia mahu
jangan diikutkan rasa hati
biarkan saja ia berlalu pergi
pujuklah hati untk melepaskan
pergilah..berlarilah...
biarkan lembu kerbau itu bebas....