Tuesday, May 11, 2010

HATI

Kau akan fikir semula tentang hati itu
Setelah kau keluarkan dari jasadnya
Kau ambil dan kau letak ke dalam freezer
Agar ia tak menjadi busuk dan berulat
Mungkin kau fikir ia akan tahan lama
Dan kau akan ambil semula bila perlu
Tapi kau harus ingat
Hati itu akan beku
Pasti jua kau tak mahu itu berlaku
Lebih baik dari awal kau masakkan ia
Cukup dengan asam garam serta rempahnya
Kau makan dengan selera

Agar hati itu bersatu dengan hati mu
Pasti itu lebih gembira...

1 comment:

  1. nak makan hati 2, tuan punya hati kena bagi izin dulu.. hehehe
    ni msti kes lapar ni..

    ReplyDelete